Dimana2 orang masih lagi memperkatakan tentang Pesta Buku . Nampak nye bulan Julai ini nampak lebih meriah sempena Bulan Membaca dan Pesta2 buku yang berlangsung disini sana . Seorang dari wakil Alaf21 FC yang berkesempatan bertugas semasa pesta buku di UPSI turut menceritkan tentang kemeriahannya . Beliau yang dikenali sebagai Mardhiyah ( atau violet ) begitu teruja sekali untuk berkongsi ceritanya bersama kita semua . Ikutilah pengalamannya.

Semalam, berakhirlah pesta buku yang amat dinanti-nantikan oleh saya dan insan-insan yang kaki novel. Pesta buku ini merupakan acara wajib yang perpustakaan anjurkan sempena menyambut bulan membaca peringkat UPSI. Oleh kerana kami tidak dapat menggunakan dewan SITC, pihak jawatankuasa membuat keputusan untuk mengadakan pesta tersebut di perpustakaan sendiri. Dua ruang digunakan iaitu BILIK 24 JAM dan Student Lounge (SL). Antara peserta yang mengambil bahagian ialah Creative Enterprise, Utusan Publication, Telaga Biru, Koupsi, Penerbit UPSI, Karangkraf dan dan tak lupa ALAF 21.

Saya merupakan salah seorang AJK pesta buku . Jadi, sepanjang masa Pesta buku tu berlangsung saya akan betugas memastikan segalanya berjalan lancar.

So, hari pertama saya dengan kembang hidung dan muka siap menunggu kedatangan peserta. Sorang2 datang tapi selepas pukul 9 pagi member Alaf tak nampak batang hidung. Saya dah mengelisah sendiri. Berdiri salah. Duduk pun salah. Berjalan ke hulu ke hilir macam kucing hilang anak. Saya dah tak sabar nih , tangan terasa gatal je nak membelek, mengintai2 dan membeli buku baru. Tapi saya berlagak cool dulu. Tak nak obviuos sangat. Lebih kurang pukul 10.30 baru team Alaf sampai. Dari jauh saya dah senyum lebar. Tiba-tiba jer rasa bahagia. Saya tetap bersabar. Tak naklah menerpa lagi. Bagi diorang susun buku dulu. Padahal, saya saya dah berasap2 nak menuju ke meja Alaf 21.

Cadangnya kali ini saya nak cari buku Eyman Hykal, Ayu Emelda, Amy Batrisya dan Shanika Latisha. Tapi saya rasa hampa bila team Alaf 21 kata buku Ayu Emelda dah habis stok. Ala , frust jugak saya. Tapi kak Liza( bukan rosha ye) kata mungkin ada esok. (Stock kat KLCC punya). Saya kata ok , esok saya beli lagi. So , hari pertama berlalu.


Tiba hari kedua. Para AJK pucat sekejap. Kenapa tak ramai datang ke bilik 24 jam?
Meja Alaf 21 agak lenggang. Selain saya dan member yang hampir 10 buah membeli buku, yang datang pun tak berapa ramai. Macam mana ni ?, kat student lounge jualannya kencang. Saya pun rasa serba salah. Tak ramai student masuk ke bilik 24 jam. Serta merta buat meeting tergempar...( Semua Ajk berdiri sambil berbincang). Kata sepakat kami ambil. Kami adjust meja kat student Lounge. Kami jumpa alaf dan creative minta mereka berpindah ke SL. Bilik 24 jam di tingkat atas. Mereka setuju sebab mereka pun bimbang dengan keadaan itu.

Jadi , saya ni antara orang yang paling sibuk dan berpeluh sakan pada pada hari tu. Berkejar mencari troli dan menolong mengangkat meja. Bayangkan dengan baju kurung , mak aii...nasib baik library tu ada air cond. kalau tidak , habis lencun satu baju dengan peluh.


Keputusan yang kami buat berbaloi rupanya. Semakin ramai pengunjung ke meja Alaf 21. Walaupun duit loan dan gaji tak masuk lagi, tapi keadaan di SL lebih baik dari d Bilik 24 jam. Hari khamis dan the last day memang hebat. Seawal pukul 9 pagi , student berpusu-pusu datang. Sampaikan kak Liza sendiri terkejut sebab buku2 yang dibawa tak mencukupi. Memang sesak. Macam pesta buku kat PWTC. Tapi taklah seramai tu. Siap ada pemintaan dari member saya “ Kau minta alaf sambung boleh tak? At least sampai hari selasa. Gaji masuk masa tu , ramai yang minta ni? Alaf 21 je..pun tak pe” hihihihi...

Tengah2 saya dok menyibuk di meja Alaf 21 , saya nampak seseorang. Dialognya begini:

Saya : Hey
Nia : Hai
Saya : Wei Afza, ko tak duduk ke? Signlah autograph.
Nia : saya malu lah
Saya : Malu apa..ramai tanya kenapa alaf tak bawak penulis.
Nia : ramai ke? Siapa yg tanya?
Saya : Hihih..saya lah , member saya pun tanya. Duduklah. Lagi pun buku
baru ko ada. Baru best ada penulis yang datang.
Nia : Saya malu la...nanti student saya nampak. Lagipun saya nak pi makan
ni.

Itulah lebih kurang dialog saya dengan Nia Azalea. So, itu saja penulis yang datang. Bukan nak sain2 autograph tapi semata-mata nak menjenguk muka. Kelakar , betul ngan novelis seorang nih. Malu pulak dia . Tapi saya tak kisahlah. Dapat beli buku dengan harga yang murah cukup saya puas hati dah. Apa pun memang seronok dengan pesta buku ni. Semoga tahun depan Alaf 21 tak serik nak datang tempat kami lagi.


Begitulah cerita menarik dari Mardhiyah diUPSI . Terima kasih daun keladi kami ucapkan . Semoga Pesta2 buku sebegini akan kerap di adakan kerana rakyat Malaysia sekarang sudah lebih berfikiran terbuka dan gemar membaca.

mersik.


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati