Selain dari pemberian kad Hari Raya kepada sekelian ahli kelab, pihak Alaf21 FC juga ada melampirkan sekali kad keahlian untuk ahli-ahli yang telah pun berdaftar pada April 2005 tahun lepas, iaitu sewaktu Pesta Buku di PWTC serentak dengan pelancaran kelab. Walau bagaimana pun, untuk batch pertama ini, sebanyak 170 kad akan diedarkan dahulu, manakala selebihnya akan mendapat kad mereka sekurang2nya dua bulan lagi.

Pihak kelab juga memohon ampun dan maaf diatas kelewatan pengedaran kad ini diatas masalah2 yang tidak dapat dielakkan. Kami sentiasa berusha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada sekelian ahli-ahli kelab Alaf21 FC yang setia menyokong kami selama ini.

Pemberian kad ini adalah untuk mengesahkan anda adalah ahli kelab Alaf21 FC dan sebarang aktiviti mengenai kelab akan memberikan keistimewaan kepada anda. Atau dalam bahasa yang lainnya "Anda akan diutamakan dahulu".

Sudah tentunya, selepas ini banyak lagi aktiviti2 yang bakal menyusul setelah berehat agak lama sempena bulan Ramadhan dan juga perayaan menyambut Aidil Fitri.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati