Kali ini kita baca pula ucapan2 dari para novelis kesayangan anda sempena Aidil Fitri ini.

Salam Ramadan dan Salam Aidilfitiri saya tujukan tulus ikhlas dari sanubari ini kepada penggendali Alaf 21 FC yang gigih menyelenggaran laman web ini. Ucapan juga ditujukan kepada semua pencinta novel-novel Alaf 21 dan tidak lupa ucapan ini khas kepada semua peminat karya-karya saya tidak kira di mana berada.

Semoga Aidilfitri ini akan merapatkan hubungan ukhwah sesama kita, saling bermaafan seandainya ada salah dan silap sama ada disedari ataupun sebaliknya. Pesanan saya kepada yang menggunakan jalanraya, berhati-hati ketika memandu. Sekiranya bosan dalam perjalanan, tataplah novel-novel Alaf 21 sebagai penghilang kebosanan.

Ketupat palas gantung di dapur
Emping berlemak hidangan Aidilfitri
Ampun dimohon, maaf dihulur
Tanda persahabatan kekal abadi



Thanks & Regards;
Sri Diah Shaharuddin & Seisi Keluarga
Editor Kumpulan Akhbar & Buku, Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd
Lot 2, Jalan Sepana 15/3 , Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200 Shah Alam , Selangor Darul Ehsan.
http://www.karangkraf.com.my

http://sridiah2u.blogspot.com/






Assalamualaikum..w.b.t
Kak Anis ucapkan kepada semua di Alaf21 FC. Semoga semuanya mendapat keberkatan menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Salam sesuci lebaran teristimewa Kak Anis tujukan kepada warga Alaf 21, peminat-peminat novel di Malaysia, Singapura dan Brunei yang telah memberi sokongan pada karya-karya Kak Anis.

Juga kepada penggerak utama Alaf21 FC yang sentiasa memberi sokongan kepada penulis-penulis Alaf 21. Kak Anis ingin mengambil kesempatan memohon kemaafan andai selama perkenalan kita, ada kata-kata dan perbuatan Kak Anis yang menyinggung perasaan sesiapa. Semoga Aidilfitri disambut dengan penuh kemeriahan dan keberkatan.

Salam sayang

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati