Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk turut menyampaikan ucapan di ruangan Alaf21 FC bersempena dengan
kedatangan Syawal nanti.



Buat semua peminat,
... Ahli keluarga Alaf21 & Alaf21 FC,
....para pengkritik dan pembaca yang dihormati sekalian,

Salam kasih bersulam ceria,
Salam ceria bersulam bahagia,
Moga bulan Ramadhan terisi ibadah penuh kemuliaan,
Moga Aidilfitri disambut penuh keindahan & kesyukuran...



Salam Aidilfitri bersama Salam Kemaafan,
Keisya Reisya
Melaka



Assalamualaikum...
Untuk semua penyokong kuat alaf 21, semua kaum kerabat Alaf21 FC, Selamat menyambut Hari Raya, jangan main mercun, kalau tak ada apa nak buat raya tu, baca le buku-buku alaf!
salam syawal,
lily haslina nasir



Leeya Myra
Assalamualaikum wbt...

'Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca novel yang beragama Islam walau di mana pun anda berada. 'Hidup baik-baik!'



Assalamualaikum..w.b.t.


Ketupat rendang sama di rasa
di aidil fitri kita bersama
jangan ada dendam di dada
kerana kita insan biasa....

Selamat menyambut eid mubarak dari saya, untuk peminat2 semua yang selama ini menyokong saya walau dalam apa keadaan sekali pun. Semoga anda semua diberkati Tuhan sentiasa...dan terus menyokong saya...hehe.. macam kelab bola ALAF FC lak rasa2nya.... hehe.


Hasreeyati Ramli

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati