Rosha (Naib Presiden)
Assalamualaikum semua,


Di kesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua chatters dan bloggers. Saya minta maaf kerana tidak berkesempatan untuk menghantar kad raya kepada yang mengenali diri saya atas kesibukan yang menjerat diri dan juga kesihatan yang tidak mengizinkan.


Saya juga MOHON KEMAAFAN sekiranya ada tersalah kata yang saya tidak sedari telah saya coretkan di blog atau pun di personal message kalian...Semoga raya tahun ini amat bererti kepada kalian.
TAKE CARE & DRIVE SAFETY!

Assalammualaikum......

Di mulakan dengan Bismillah....saya di sini ingin menfaatkan kesempatan yang diberi untuk turut sama merangkap sedikit ucapan sempena Hari Raya tahun ini....

Ini merupakan kali pertama saya menyambut raya sebagai sebahagian dari AJK kelab alaf21fc.Jadi makanya saya inginlah mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada semua ahli2 kerja Alaf21, rakan2 seperjuangan kelabfc , kepada semua novelis2 yang begitu saya kagumi akan setiap lahirnya karya2 novel yg amat memberi sumber inspirasi dlm kehidupan saya selama ini...


Dan tidak lupa juga kepada rakan2 kelab peminat yang tidak jemu2 kunjung tiba saban hari dan waktu di blogfc kami.

Semoga hari raya tahun ini dapat kita raikan bersama untuk lebih mengeratkan lagi silaturahim diantara kita semua sambil berkongsi pendapat dan pengalaman yang ada.

Akhir kata saya adolah pesanan sikit buat kekawan....saudara dan saudari....,

Sempena AidilFitri yang bakal tiba,
Janganler korang main mercun lak...
He...he...he....maner ler tau dah beso...
Pon masih main mercun lagi ker....
Nanti kudung jari, kaki ngan tangan
Korang gak yang susah....Ampunnnn...
Saya gurau jer......Jangan mare da.......

Budi ( AJK )

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati