Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat semua.

Bersempena dengan Hari Lebaran atau HARI RAYA AIDILFITRI 1427 ini, maka saya, selaku peneraju Kelab dengan ini menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf, atas segala kekurangan dan kesilapan yang telah saya lakukan, sepanjang menjalankan amanah dan tugas sebagai peneraju di Kelab Peminat Novel ALAF 21 atau ALAF 21 FC.

Sepanjang hampir setahun Kelab ini ditubuhkan, pelbagai ragam pancaroba, cabaran, halangan, dan kesulitan yang telah kami lalui dan tempuhi, namun berkat dari sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pelbagai pihak, maka setiap halangan itu berjaya kami tempuhi dan dengan kesabaran yang tinggi oleh Jawatankuasa Pentadbir Kelab.

Begitu juga dengan kehadiran Blog Kelab sebagai bahan siaran rasmi kepada ALAF 21 FC, dari sehari ke sehari, semakin ramai yang berkunjung, dan ada yang menjadi pengunjung tetap sambil meninggalkan jejak dan kata - kata yang membangkitkan semangat kami untuk terus menggerakkan aktiviti Kelab.

Kepada AHLI, inilah Kelab kepunyaan anda, yang berusaha untuk menjadi wadah bagi menyatukan inspirasi anda sebagai peminat NOVEL, maka kami begitu mengharapkan sokongan dan kerjasama dari anda untuk menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan.

Kepada NOVELIS, Kelab akan sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan anda.

Kepada ALAF DUA PULUH SATU, Terima Kasih atas segala bantuan dan kerjasama yang telah diberikan, selama ini.

Kepada Pelawat dan Pengunjung Blog, Terima Kasih kami ucapkan atas kesudian anda mengunjungi Blog ini.

Akhir kata, saya bagi pihak Kelab Peminat Novel ALAF 21 atau ALAF 21 FC,dengan ini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI,"BERHATI - HATI DIJALANRAYA, INGATLAH KELUARGA TERSAYANG".

Sebulan sudah kita berpuasa

Hari yang dinanti menjelang tiba
Ucapan Selamat hari Raya
Semoga gembira dihari bahagia

Tangan ku hulur maaf dipinta
Atas perbuatan yang tidak sengaja
Terkasar bahasa tersilap bicara
Sudilah anda memaafkannya

Ketupat dan rendang juadah istimewa
Makan bersama sanak saudara
Sudah puas bercuti raya
Jangan lupa untuk pulang bekerja

Salam Aidil Fitri

Mohamad Feroz Bin Mohammad Zaini.
Presiden ALAF 21 FC.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati