Archives

Pesta Buku Mid Valley 2006 : Alaf21 tetap diserbu lagi..

Pada hari sabtu yang lepas , seperti yang telah diwar2kan , kami ( saya dan juga Abg Long ) telah pergi ke Mid Valley untuk melihat keadaan pesta Buku disana . Bertempat di Hall 2 Exhibition Center , Pesta buku tetap juga meriah . Ramai pengunjung keluar masuk dengan rasa gembira sambil menjinjing beg plastik penuh buku.

Alaf21 tetap sibuk seperti selalu. Kedudukannya yang paling strategik ( betul2 dihadapan pintu masuk ) membuatkan pengunjung seolah2 “ terlekat “ disitu dahulu sebelum pergi kegerai lain. Masing2 tak sabar mencari pelbagai bahan2 bacaan serta terbitan terbaru. Dihadapan booth Alaf21 pula ialah booth Karangkraf.

Kami , selaku wakil dari Alaf21 FC sendiri , telah pun sampai disitu pada pukul 3.00 ptg , manakala Rosha berada lebih awal , iaitu sejak pukul 12 tgh hari lagi. Setelah berlegar2 sebentar digerai2 lain , akhirnya kami bertumpu di booth Alaf21 untuk melihat dengan lebih dekat lagi gelagat pengunjung yang asyik membelek buku yang dihajati.Sesekali mereka bertanya juga kepada petugas akan buku2 yang dicari .

Lebih teruja apabila bertemu dengan Novelis Lagu Rindu iaitu Ayu Emelda yang juga nampak sibuk disapa para pengunjung yang menyedari kehadirannya. Beliau yang saja menghadirkan diri disitu pun turut berasa gembira bertemu peminat2nya , menurunkan tanda tangan serta bergambar bersama.

Booth Alaf21 sentiasa sesak . Ramai pengunjung dari berbagai lapisan datang untuk mencari bermacam2 jenis buku. Apatah lagi dengan diskaun 20% yang diberikan , lebih2lah lagi menarik minat mereka. Tak menang tangan para petugas Alaf21 hendak melayan . Memang meriah keadaannya , sama meriahnya seperti pesta2 yang dulu juga.

Saya dan abg Long pulang jam 5.30 ptg sambil meredah orang ramai serta lebat hujan yang mendesah , menjadikan keadaan semakin sesak dan berbahang. Namun kepuasan tetap terasa kerana dapat bersama2 Alaf21 untuk memeriahkan pesta buku tersebut.
Banyak sungguh cerita2 dan kenangan yang dapat kami kumpulkan semasa di pesta buku tersebut , dan InsyaAllah nanti kami akan paparkan lagi kemudian .

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Tahniah ! kepada para peserta yang terpilih untuk menyertai Lawatan ke Karangkraf pada 30.08.2006

Sejak tawaran mengenai lawatan ke Karangkraf dibuka dua bulan dahulu , kami menerima ramai permohonan dari orang ramai yang ingin turut serta ke Premis tersebut . Namun kerana tempat dan jumlah yang terhad ( sejumlah 35 ~ 40 orang sahaja ) , maka disenaraikan nama2 yang terpilih seperti dibawah.

1. Noorlia binti Mastol ( 810908085628 )
2. Loke Li Hoon ( 841104085130 )
3. Nur’Aiza binti Rosli ( 790805145266 )
4. Nurul Amiza Sofia binti Mohd Yusop ( 850726145702 )
5. Noor’ain binti Zainal Abidin ( 701029035090 )
6. Rozaanita binti Mohd Som ( 750801086442 )
7. Norazura binti Mohammad ( 810427086056 )
8. Rodziah binti Latif (820727035962 )
9. Norbaizura binti Mohd. ( 850516105876 )
10. Hashima binti Awang ( 760801125826 )
11. Zulkarnain bin Md. Taib ( 790304145583 )
12. Mona Mohanambal binti Abdullah ( 620830106320 )
13. Azlina binti Maslan ( 840705065528 )
14. Rosnani binti Maslan ( 850226105560 )
15. Murni binti Ahmad ( 720517145102 )
16. Khatijah binti Abdul Shukor ( 620406086180 )
17. Romihamiza binti Mohd. Som ( 731025145548 )
18. Faizah binti Ishak ( 720501015178 )
19. Syamimi binti Abdul Hamid ( 910403145566 )
20. Nurfarahain binti Mohd. Nazri ( 920330105502 )
21. Azeyati binti Abdul Rahman ( 810926105258 )
22. Zuriazura Hanum binti Sardar Mohamad ( 781110025298 )
23. Munawwirah binti Mukhtar ( 851126145826 )
24. Zarina binti Amran ( 641207715258 )
25. Zaiton Mohd Razeli ( 5001793 )
26. Amira Zafira Mohd Subhi ( 920701146806 )
27 . Nur Afiqa Mohd Subhi ( 397386 )
28. Nur Adlin Lina Mohd Subhi ( 001110080078 )
29. Siti Aishah
30. Sharmimi

31. Hidayati binti Abdul Hadi.
32. Ahmad Zarif Akmal bin Nor Azman ( 911004145985 )
33. Ahmad Farhan Azri bin Nor Azman ( 921022915057 )
34. Mohd Izzad’an bin Jasmee ( 900120105135 )
35. Saifuddin

36. Mardhiyah binti Hj. Mohd Nor ( 781106125018 )

Sekali lagi Alaf21 FC mengucapkan Syabas pada anda semua kerana berjaya dipilih untuk mengikuti lawatan tersebut. Dari masa ke semasa bermula minggu depan , kami akan memberikan maklumat mengenai lawatan seperti masa , tempat berkumpul , lokasi premis serta maklumat2 lain.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pesta Buku UPSI 17~21 July : Apa kata wakil Alaf21 FC disana ?

Dimana2 orang masih lagi memperkatakan tentang Pesta Buku . Nampak nye bulan Julai ini nampak lebih meriah sempena Bulan Membaca dan Pesta2 buku yang berlangsung disini sana . Seorang dari wakil Alaf21 FC yang berkesempatan bertugas semasa pesta buku di UPSI turut menceritkan tentang kemeriahannya . Beliau yang dikenali sebagai Mardhiyah ( atau violet ) begitu teruja sekali untuk berkongsi ceritanya bersama kita semua . Ikutilah pengalamannya.

Semalam, berakhirlah pesta buku yang amat dinanti-nantikan oleh saya dan insan-insan yang kaki novel. Pesta buku ini merupakan acara wajib yang perpustakaan anjurkan sempena menyambut bulan membaca peringkat UPSI. Oleh kerana kami tidak dapat menggunakan dewan SITC, pihak jawatankuasa membuat keputusan untuk mengadakan pesta tersebut di perpustakaan sendiri. Dua ruang digunakan iaitu BILIK 24 JAM dan Student Lounge (SL). Antara peserta yang mengambil bahagian ialah Creative Enterprise, Utusan Publication, Telaga Biru, Koupsi, Penerbit UPSI, Karangkraf dan dan tak lupa ALAF 21.

Saya merupakan salah seorang AJK pesta buku . Jadi, sepanjang masa Pesta buku tu berlangsung saya akan betugas memastikan segalanya berjalan lancar.

So, hari pertama saya dengan kembang hidung dan muka siap menunggu kedatangan peserta. Sorang2 datang tapi selepas pukul 9 pagi member Alaf tak nampak batang hidung. Saya dah mengelisah sendiri. Berdiri salah. Duduk pun salah. Berjalan ke hulu ke hilir macam kucing hilang anak. Saya dah tak sabar nih , tangan terasa gatal je nak membelek, mengintai2 dan membeli buku baru. Tapi saya berlagak cool dulu. Tak nak obviuos sangat. Lebih kurang pukul 10.30 baru team Alaf sampai. Dari jauh saya dah senyum lebar. Tiba-tiba jer rasa bahagia. Saya tetap bersabar. Tak naklah menerpa lagi. Bagi diorang susun buku dulu. Padahal, saya saya dah berasap2 nak menuju ke meja Alaf 21.

Cadangnya kali ini saya nak cari buku Eyman Hykal, Ayu Emelda, Amy Batrisya dan Shanika Latisha. Tapi saya rasa hampa bila team Alaf 21 kata buku Ayu Emelda dah habis stok. Ala , frust jugak saya. Tapi kak Liza( bukan rosha ye) kata mungkin ada esok. (Stock kat KLCC punya). Saya kata ok , esok saya beli lagi. So , hari pertama berlalu.


Tiba hari kedua. Para AJK pucat sekejap. Kenapa tak ramai datang ke bilik 24 jam?
Meja Alaf 21 agak lenggang. Selain saya dan member yang hampir 10 buah membeli buku, yang datang pun tak berapa ramai. Macam mana ni ?, kat student lounge jualannya kencang. Saya pun rasa serba salah. Tak ramai student masuk ke bilik 24 jam. Serta merta buat meeting tergempar...( Semua Ajk berdiri sambil berbincang). Kata sepakat kami ambil. Kami adjust meja kat student Lounge. Kami jumpa alaf dan creative minta mereka berpindah ke SL. Bilik 24 jam di tingkat atas. Mereka setuju sebab mereka pun bimbang dengan keadaan itu.

Jadi , saya ni antara orang yang paling sibuk dan berpeluh sakan pada pada hari tu. Berkejar mencari troli dan menolong mengangkat meja. Bayangkan dengan baju kurung , mak aii...nasib baik library tu ada air cond. kalau tidak , habis lencun satu baju dengan peluh.


Keputusan yang kami buat berbaloi rupanya. Semakin ramai pengunjung ke meja Alaf 21. Walaupun duit loan dan gaji tak masuk lagi, tapi keadaan di SL lebih baik dari d Bilik 24 jam. Hari khamis dan the last day memang hebat. Seawal pukul 9 pagi , student berpusu-pusu datang. Sampaikan kak Liza sendiri terkejut sebab buku2 yang dibawa tak mencukupi. Memang sesak. Macam pesta buku kat PWTC. Tapi taklah seramai tu. Siap ada pemintaan dari member saya “ Kau minta alaf sambung boleh tak? At least sampai hari selasa. Gaji masuk masa tu , ramai yang minta ni? Alaf 21 je..pun tak pe” hihihihi...

Tengah2 saya dok menyibuk di meja Alaf 21 , saya nampak seseorang. Dialognya begini:

Saya : Hey
Nia : Hai
Saya : Wei Afza, ko tak duduk ke? Signlah autograph.
Nia : saya malu lah
Saya : Malu apa..ramai tanya kenapa alaf tak bawak penulis.
Nia : ramai ke? Siapa yg tanya?
Saya : Hihih..saya lah , member saya pun tanya. Duduklah. Lagi pun buku
baru ko ada. Baru best ada penulis yang datang.
Nia : Saya malu la...nanti student saya nampak. Lagipun saya nak pi makan
ni.

Itulah lebih kurang dialog saya dengan Nia Azalea. So, itu saja penulis yang datang. Bukan nak sain2 autograph tapi semata-mata nak menjenguk muka. Kelakar , betul ngan novelis seorang nih. Malu pulak dia . Tapi saya tak kisahlah. Dapat beli buku dengan harga yang murah cukup saya puas hati dah. Apa pun memang seronok dengan pesta buku ni. Semoga tahun depan Alaf 21 tak serik nak datang tempat kami lagi.


Begitulah cerita menarik dari Mardhiyah diUPSI . Terima kasih daun keladi kami ucapkan . Semoga Pesta2 buku sebegini akan kerap di adakan kerana rakyat Malaysia sekarang sudah lebih berfikiran terbuka dan gemar membaca.

mersik.


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Wow ! Pengunjung Blog sudah melebihi 1000 orang

Sejak pertama kali dilancarkan seminggu yang lalu , Blog Alaf21 FC yang berwajah baru ini telah menerima kunjungan yang menakjubkan ( melebihi 1000 orang ) yang terdiri dari kalangan Bloggers , novelis , peminat buku dan sesiapa sahaja .

Ini merupkan satu pencapaian yang amat2 membanggakan . Secara tidak langsung membuatkan kami rasa teruja dan berbesar hati . Nampaknya selepas ini , segala usaha perlulah dilipat gandakan supaya Blog Alaf21 FC sentiasa mempersembahkan yang terbaik dalam memberikankan maklumat serta pengetahuan kepada semua

Dan siapa sangka Hit Counter yang
menjejaki ke nombor yang menarik
ini telah dikunjungi oleh mersik
sendiri tepat jam 1.30 pagi , Ahad.

Satu kebetulan ye ?


Agaknya lah tu , hmmm




mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Secawan Kopi , Sepotong Kek ..

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Berkongsi cerita tentang kemeriahan Pesta Buku KLCC baru2 ini..

Bahang Pesta buku masih lagi terasa. Dimana orang sentiasa memperkatakan tentang kemeriahan acara yang berlangsung itu serta perasan mereka dapat bersua dengan novelis2 kesayangan mereka disamping dapat memborong buku2 yang banyak.

Salah seorang pengunjung yang kesana iaitu Siti Norwati atau lebih dikenali sebagai ct ingin sekali berkongsi ceritanya kepada kami . Antaranya beliau menceritakan ,

Saya rasa tak sabar nak pergi ker KLCC, sebabnya hehhe dah berangan nak jumpa dengan penulis-penulis yg dah tentu glamer lip lap ni. Tak sangka rancangan yg diaturkan dalam masa dua hari menjadi. Bila dapat mesej dari kawan2 blog yang di ketuai oleh Kak Noor dan wabbit kami pun berjanji tempat dan masanya. Berdebar-debar bagai nak gugur jantung saya sebab saya malu dan tak pernah pun jumpa dengan kawan2 dari blog ni. Nasib baik saya ada pemandu pelancong tak bertauliah sudi bawa saya ke KLCC hari tu. Kalau tak mau saya tercari2 cam na nak pegi. Nak naik LRT pun saya tak tau.Tapi bila dah sampai KLCC saya pun tel kak noor. Jadi Kak noor cakap dia tunggu saya kat TGV.Akhirnya bersualah saya dengan muka kak Noor dan kak em dan bermulalah episod bersalam-salaman.

Bila rombongan “ Cik kiah “ dah cukup kami pun pergi la ke pesta membaca tersebut. Rasa mccam tak tau lak arah tujunya. Kalau harapkan saya seorang memang tak tau ler nasib pergi ramai-ramai. Tapi kak Wan, wabbit dan kak Ija memang best. Kami pun apa lagi serbu la ke kedai yang ada, belek2 buku dan fikir mana nak beli. Dalam dok fikir2 tu la saya dengar ada pengumuman Anis Ayuni ada di gerai Alaf 21.

Saya pun apa lagi rasa berdebar semacam je . Al-maklum saya belum pernah bersua dan bertentang mata dengan Kak Anis lagi. Tak sangka saya dapat juga berjumpa dengan Kak Anis sebabnya masa saya tanya kak Anis kat blog dia jawab tak pasti jadi saya ingat dia tak ada. Bila dah jumpa tu macam biasalah, kami berposing sakan.

Lepas bergambar dgn kak Anis kami ambik pula gambar dgn En Eyman Hykal. Terima kasih kak Anis dan En Eyman Hykal atas layanan yang mesra tu. Masih tak percaya lagi saya dapat bersama dgn penulis2 terkenal. Mimpi ke? hehhe Akhirnya dapat juga saya berjumpa dgn penulis idola saya Anis Ayuni sebab sebelum ini saya hanya berbicara dgnnya melaui email dan di tagbox tapi kali ni secara bersemuka.

Saya rasa lebih meriah lagi kalau ada team Alaf 21 fC. Tentu lebih gamat suasananya. Apa pun tunggu rombongan Cik Kiah bertandang lagi.


( ct dan rakan2 mengabdikan kenangan bersama penulis Eyman Hykal ( paling kiri ))

Aalahii.. dapat dirasakan tentu ct mengalami keseronokan yang máxima disana tu. Hmm siapa ye rombongan Cik Kiah tuh ? Apa kan jadi ye kalau rombongan Cik Kiah bertemu dengan Team Alaf21 FC . Tentu lebih meriah dan meng " havoc" kan keadaan. Mungkin di lain hari barang kali kami akan bertemu . Apa2 pun Alaf21 memang best dan world.

Terima kasih kepada ct kerana cerita yang menyeronokkan nih .

( Untuk pengetahuan semua , ct baru sahaja menyambut Hari jadinya yang ke dua puluh err err rahsia hik hik pada 19 Julai , iaitu semalam. Kami di Alaf21 FC mengucapkan Selamat Hari Lahir buat ct , semoga panjang umur dan ceria selalu )

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Apa kata AJK semua tentang pelancaran Blog Alaf21 FC yang baru ini ?

( Sambil picit2 kepala )

FUUUUUHHHHH LEGA !! BILA DAH LAUNCH NIH .

Apa2 pun saya rasa lega dan bangga .
Bukan mudah nak mentadbir sebuah orgarnisasi,
Bukan mudah untuk membuat pelan prancangan jangka pendek dan jangka panjang . Dan bukan mudah juga untuk memberikan kepuasan kepada semua. Namun bak kata orang Sabah, "agi idup, agi ngelaban" !!!


Abg Long ,



Saya pun seronok juga hehehe. Blog nih cantik sikit dari yang lepas tuh. Semoga para pengunjung semua puas hati dan selalu kemari. Banyak bahan2 menarik boleh ditulis nih . Hehehe..Cerita pasal buku terbaru ke ? , aktiviti kelab atau Alaf21 , Pesta buku , bab2 masak memasak ke ? heheh . Walau bagaimana pun , blog nih memang best.
Saya suka sangat. Saya tak berapa pandai sangat nak godek2. Nih pun dah ok dah , cantik ler tuh..

Rosha tak kisahhh..



Saya aa..? Alahaii..boleh laa..Nih dah nak putus dah urat kepala dan tengkuk mengerjakan blog nih . Bila dah lunch , rasa lega sikit. Harap2 ianya mendapat sambutan dan apa yang menjadi cabarannya ialah untuk mengekalkannya serta memberikan bahan2 yang sesuai dan menarik untuk pencinta Alaf21 sekelian.
Walau bagaimana pun akan sentiasa bersedia dan memberikan apa yang terbaik , demi untuk
Alaf21 FC

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Motif untuk beraksi

Pagi yang sungguh ceria ini ditambahkan lagi dengan suara yang begitu bersemangat dan lontaran idea yang bernas untuk membangkitkan lagi keghairahan untuk menjadi yang lebih baik dari semalam.

Dari Studio MHI, dengan segmen Motivasi Pagi, Norzailina Nordin (yang juga pakar masakan ~ Chef), yang seangkatan dengan Chef Wan, memberikan tips - tips yang berguna dan cukup berfaedah, khususnya bagi mereka yang setiap pagi sentiasa sibuk (dan adakalanya seperti tidak cukup masa dan anggota kaki tangan), untuk menguruskan rumahtangga, khususnya dibahagian dapur.

Satu bahagian yang sering "dimonopoli" oleh kaum wanita, isteri, ibu dan pembantu rumah.

Kini, dengan tips yang diberikan oleh Kak Lina (panggilan manja oleh peminat beliau seantero negara), kaum lelaki, bapa, suami juga boleh mempamerkan "bakat terpendam" dan "kehandalan" di dapur.

Pengalaman saya sendiri, bukan mudah untuk "memonopoli dan mengawal" bahagian dapur, khususnya di waktu pagi, adakalanya terasa seperti hilang tenaga, dan hilang fokus, hendak bancuh kopi, terbancuh milo , hendak bancuh kopi Tongkat Ali , terbancuh Kacip fatimah pula.

Kak Lina telah memberikan panduan dan tips yang tidak sedikit pagi tadi, dicampur dengan soalan yang "mencabar" dari pengacara TV3.

Namun dengan tenang (dan adakalanya, jawapan yang diberikan begitu selamba), Kak Lina, sesungguhnya, bukan sekadar seorang Novelis, tetapi sememangnya sebaris dengan Chef terkenal dinegara kita, kerana, seorang Chef adakalanya hanya berkemahiran memasak, tetapi Kak Lina mempunyai satu lagi kemahiran, iaitu, berkomunikasi dan dalam masa yang sama berkemampuan untuk memberikan panduan untuk menguruskan hal ehwal DAPUR dengan berkesan dan efektif.

Teringat suatu ketika dahulu dalam ruangan FORUM di alaf21.com, saya telah bertanya kepada beliau, bagaimana untuk "membawa" suami untuk membantu isteri di dapur, dan jawapan yang diberikan adalah hampir sama di MHI - Motivasi Pagi.

Bagi pengunjung yang teruja untuk mengetahui apakah soalan saya itu, silalah layari ruangan Forum di http://www.alaf21.com.my/alafforum/default.aspx

Abang Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Khas Buat Peminat Novel Alaf21Fc.......Untukmu

"DEALOVA"


Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu...

Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu...

Kerana langkah merapuh tanpa dirimu....

Kerana hati telah letih...


Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh...

Aku ingin kau tahu bahawa ku selalu memujamu....

Tanpamu sepinya waktu merantai hati oh…

Bayangmu seakan-akan...

Kau seperti nyanyian dalam hatiku...

Yang memanggil rinduku padamu oh...

Seperti udara yang kuhela kau selalu ada...

Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang...

Tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi....

- rosha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Blog Alaf21 FC kini berwajah BARU

Apa khabar semua ?

Setelah mendapat maklumbalas yang begitu baik dari pengunjung berhubung dengan Blog yang ada , maka kami merasakan idea yang diberikan adalah cukup menarik dimana kami cuba memberikan sesuatu yang boleh memberikan kepuasan kepada pengunjung semua.
Maka inilah Blog Alaf21 FC yang kini berwajah baru , sebagai memenuhi respons dari anda. Namun blog ini akan terus melakukan perubahan dari masa ke semasa dalam memenuhi kehedndak pengunjung. Semoga Blog ini akan lebih ceria dan menarik minat para pengunjung semua khususnya peminat-peminat buku Alaf21 .

Terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan kepada Kelab Alaf21 FC.

Sebarang cadangan , komen dan pertanyaan bolehlah dialamatkan di emel yang disediakan.
( Perhatian : Emel Blog Alaf21 Fc adalah untuk pentadbir )

Setulus hati , seharum budi , seikhlas janji

Dari kami,

Abang Long , Rosha dan mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Lawatan Ke KARANGKRAF.

PROGRAM KELAB PEMINAT NOVEL ALAF21
LAWATAN KE KARANGKRAF
30hb. Ogos 2006


Yaa !.seperti yang anda sedia maklum , kerana pada tarikh itu, kelab Alaf21 FC akan mengadakan program lawatan ke Karangkraf.

Setakat ini , hoh ! toksah cite laa..berpusu2 , berdedai2 , bertimpa2 dan berserbu2 permohonan diterima dari mereka2 yang ingin turut serta kesana...


Bagaimana dengan anda ? Ya..anda ler tuu? ( toleh kiri kanan plak dia..alahaiii )

Haa anda bila nak daftar ? Tak nak ikut sekali ke ? uishhh rugi nye..ibarat kopi tanpa gula dan biskut merry tanpa Tongkat Ali , begitu ler kerugian maksima yang anda alami , kalau tak pergi.

Banyak pengetahuan yg akan anda dapati . Dapat berjumpa dengan para novelis yg masih menjadi misteri , dapat memborong buku2 dengan harga diskaun yang rendah milik dan yang paling teruja sekali ialah pabila berpeluang bertemu dengan oang2 kuat Alaf21 FC spt Abg Long , Pn Liza , pokcik mersik dll..Uiii hebat tu..kekeke..

So , sebelum “ peluang ” melepaskan anda , baik anda jangan melepaskan peluang tu.. Marilah bersama2 menyertai kami melawat ke karangKraf.

Hantarkan permohonan anda ke alamat:
alaf21fc@yahoo.com @ safmi_80@yahoo.com.
Dan jangan lupa berikan biodata berikut:


(i) Nama penuh

(ii) No. My Kad

(iii) Alamat Lengkap

(iv) Nombor untuk dihubungi

(v) Alamat emel

Segerlah mendaftar .

NAMA-NAMA PESERTA YANG BERJAYA AKAN DIUMUMKAN PADA 28 hb JULAI 2006 ( Jumaat ).

mersik



These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

MAKLUMAT LAWATAN

Salam hormat buat semua. Pihak Kelab telah menerima banyak pertanyaan berhubung dengan Program Lawatan ke KARANGKRAF, disini disertakan soalan dan jawapan dari kami:

S – Bolehlah BUKAN AHLI, menyertai program ini ?
J - BOLEH.

S - Adakah pengangkutan disediakan pada hari tersebut ?
J - TIDAK, peserta hendaklah menguruskan sendiri pengangkutan ke program tersebut, melainkan jika tiada alternatif, maka sila hantar permintaan anda ke alaf21fc@yahoo.com dengan tajuk: DAFTAR TAPI TIADA KENDERAAN. Berkemungkinan pihak Kelab akan menyediakan kenderaan, dan peserta dikenakan bayaran.

S - Adakah keahlian Kelab telah dibuka ?
J - BELUM, sehingga kini, pihak Kelab masih dalam proses untuk mengenalpasti cara yang effisien, untuk menerima Keahlian, melalui e-Daftar, InsyaAllah, bila proses tersebut selesai pihak Kelab akan memaklumkan didalam Blog ini.

S - Adakah boleh tarikh program dipinda, kerana hari tersebut adalah hari berkerja ?
J - Sebenarnya pihak Kelab tiada alternatif lain, disebabkan urusan Operasi Karangkraf hanya dibuka pada hari berkerja / waktu pejabat sahaja.

S - Apakah jenis pakaian yang perlu dipakai ?
J - BEBAS. ( Tapi kemas )

S - Adakah novelis akan menyertai program ini ?
J - Akan diumumkan kelak.

S - Tidak tahu bagaimana untuk ke Karangkraf (menggunakan kenderaan sendiri).
J - Akan dimaklumkan tidak lama lagi (Peta, Pengangkutan awam dsb).

S - Adakah permohonan anda berjaya ?
J - Senarai peserta yang berjaya akan diumumkan didalam Blog.

Terima Kasih
Abang Long.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Apa ada dengan Blog ?

Assalamualaikum..w.b.t

Sebagai PEMINAT NOVEL terbitan ALAF 21, kini ANDA telah mempunyai satu lagi saluran atau platform untuk berkomunikasi.

Kami yakin dan percaya, ANDA tentu mempunyai pelbagai idea, saranan, komen atau apa sahaja untuk diperkatakan.

Maka, diruangan ini, dan dikesempatan ini, ANDA adalah dipersilakan untuk melontarkan apa sahaja yang ada di minda ANDA, atau yang terbuku dihati ANDA atau " apa–apa saje"

Apakah Kelab begitu perlahan ? / tidak aktif dalam menjalankan pelbagai aktiviti ?

Adakah ANDA merasa bosan melayari BLOG ?

Jadi, beri komen dan cadangan untuk menceriakan dan menghangatkan lagi Blog Kelab Peminat Alaf21 ini .

JANGAN bimbang untuk menyatakan sesuatu untuk kebaikan semua. Tidak perlu guna nama samaran, berkatalah sejujurnya, kerana Kelab ini, dan Blog ini adalah HAK DAN KEPUNYAAN ANDA!

Sila luahkan dalam ruangan komen.

Abang Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati