Semalam kami menerima kiriman email dari penulis Zara Juita. Sebagaimana yang diketahui , beliau adalah penulis Alaf21 yang baru sahaja melahirkan novel sulungnya dipasaran. Kita ikuti apa katanya..

Assalamualaikum dan salam perkenalan,

Zara Juita ingin mengambil kesempatan untuk menghulurkan salam perkenalan buat semua warga pengurusan Alaf21 FC dan pengunjung setia blog ini. Sebagai penulis baru, melalui Alaf21 FC dapat diketahui perkembangan dan komen-komen para pembaca tentang novel seseorang penulis terutama penulis baru seperti Zara Juita.

Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada saudara Salmah atas ulasan novel
ERTI RINDU INI hari ini. Zara Juita akan cuba memperbaiki kelemahan dan memantapkan lagi penulisan pada novel kedua nanti.

Untuk pengetahuan pihak semua, Zara Juita sudahpun memiliki blog sendiri iaitu

http://zarajuita.blogspot.com/ dan alamat e-mel adalah zarajuita@yahoo.com

Kalau ada masa sudi-sudilah kesana. Zara juga mengalu-alukan pendapat dan komen-komen para pembaca serta sesiapa sahaja demi memperbaiki hasil penulisan dimasa akan datang.

Sekian.

Bunga Selasih, Bunga Kantan
Terima Kasih, seluas lautan.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati