Sudah lama kita tidak mendengar kisah mengenai salah seorang penulis Alaf21 iaitu Bikash Nur Idris. Kalau terakhir pun pabila kami bersua dengannya beberapa bulan dahulu.

Dan kini beliau tentunya semakin sibuk dengan semester kuliah yang baru. Sebagai seorang pelajar di ASWARA, tentulah masanya amat terhad.


Kepada sesiapa yang ingin tahu, ada beberapa maklumat menarik mengenai penulis ini

1. Beliau graduate dari UIA pada 2005, dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

2. Pendorong utama untuknya menulis tentulah dari family dan kawan2 rapat. Lantas dijadikanya sebagai satu cabaran hinggalah sampai saat ini.

3. Bidang penulisan baginya, dahulu bermula dengan minat, tapi kini bolehlah dikatakan sebagai kerja separuh masa.

4. Beliau memang minat membaca. Lebih pada novel tentunya. Ada yang memanggilnya sebagai novel popular, tapi dia lebih suka ianya dipanggil novel kontemporari. Selain novel Melayu, dia juga minat membaca novel Inggeris.

5. Hobi masa lapangnya ialah tidur.

6. Nama Bikash Nur Idris adalah jalinan dari nama Nur (ibunya) dan Idris (ayahnya) dan dan nama beliau sendiri ialah Habibah.

7. Pengalaman paling manis bergelar penulis, tentulah tiap kali terima kata setuju penerbit utk terbitan manuskrip.

8. Pengalaman paling pahit bergelar penulis pula tentulah bila hasil kerja tidak dibayar.

9. Tempat paling jauh dikunjungi masih lagi di dalam Malaysia.

10. Antara bidang sastera dan kreatif , beliau minat keduanya , tapi lebih kepada kreatif. Kerana bidang pengajiannya adalah penulisan kreatif dan itulah cita2nya...

11. Sebab beliau memasuki ASWARA adalah untuk mendalami bidang penulisan (terutamanya yang berkaitan dengan skrip).

12. Berapa lama satu production teater itu disiapkan? Beliau pun tak pasti, tapi makan hampir berbulan2, bermula dari idea sampailah kepada pementasan.

13. Beliau terlibat dengan pementasan Teater Muzikal Kesuma baru2 ini. Peranannya adalah dibelakng tabir ( menjaga kostum). Katanya lagi, paling menarik mengenai sesebuah produksi teater, adalah kerana keutuhan dan kerjasama antara krew dan pelakon. Produksi hanya berdiri jika semua 'berdiri'.

14. Beliau jarang update blog sendiri. Lebih kepada ikut mood atau kalau2 ada masa yang terluang. (Yang nih bunyinya macam mengerikan jek gitu..hik hik )

15. Ucapan bagi semua peminat Alaf21 FC, " Majulah Alaf21 FC untuk Alaf 21 ;) "

Demikian lah serba sedikit cerita dan maklumat tentang Bikash Nur Idris.


mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati