" Bagai bulan dipagari bintang..

kau berseri cantik tak terperi...."

Yuhanez, seorang pakar genetik bidang tumbuh-tumbuhan telah jatuh cinta dengan Kapten Sheikh Qirdan, cicit kepada Dr. Sheikh Muzhaffar angkasawan Malaysia pertama. Kapten Qirdan seorang lelaki yang tampan dan berkarisma. Bibit-bibit cinta terjalin apabila Kapten Qirdan ditugaskan untuk ke bulan sebagai wakil dari Artemis Asia.

Di sana beliau bertemu Yuhanez buat kali kedua setelah pertemuan pertama berlaku di bumi di pejabat Dato' Abdool - Artemis Asia.. Masing-masing mula menindakkan perasaan. Malu untuk berterus-terang. Dalam masa yang sama, Dr. Dario jejaka kacak juga menyimpan perasaan terhadap Yuhanez. Dr. Dario adalah anak lelaki tunggal kepada Kolonel Jamel Malikius, kaunselor tertinggi Gamma-7. Berbagai taktik digunakan oleh Dario untuk menawan hati gadis pujaannya itu.

Zehra teman baik kepada Yuhanez berasa kecewa kerana dia menyukai Dr. Dario. namun, kekecewaan memihak kepadanya lagi bila Zehra menaruh hati lagi dengan Qirdan, namun lelaki itu tidak ada sekelumit rasa cinta terhadapnya. Bahkan, gadis yang dipuja oleh kedua-dua lelaki pujaannya itu adalah teman baiknya, Yuhanez.

Yuhanez yang menyedari keadaan ini berasa serba salah. Dia terpaksa berkorban kasih demi kawan baik dan lelaki yang dicintainya. Walau apa halangan yang menimpa, Yuhanez tetap memilih untuk bersama dengan Qirdan. Dario yang mengetahui tentang perhubungan cinta rahsia mereka, mula merancang sesuatu. Yuhanez telah diperangkap oleh Dario dalam jerat percintaan lelaki itu. Dario mengambil kesempatan terhadap Yuhanez semasa Qirdan mengalami kecederaan, kemalangan semasa memasang pelantar di bulan. Kecederaan Qirdan dijadikan sebagai bahan perangkap.
Dario memaksa Yuhanez memilih antara satu. Dia atau Qirdan. Kalau dia mahukan Qirdan selamat, Yuhanez hendaklah mengahwininya. Yuhanez amat menyintai Qirdan dan sanggup melakukan apa sahaja demi Qirdan. Yuhanez bersetuju untuk bertunang dengan Dario buat permulaan. Supaya Qirdan dapat diselamatkan dan dihantar pulang ke bumi. Tetapi, hatinya berbelah bagi. Rasa sayang lebih menebal terhadap Qirdan.

Dengan bantuan Huskin, Yuhanez mula merancang untuk meninggalkan bulan dan menurut sahaja ke mana Qirdan pergi. Rahsia ini tidak diketahui langsung oleh Qirdan. Qirdan begitu kecewa semasa mendengar berita pertunangan Yuhanez. Namun Qirdan masih berharap agar suatu hari nanti Yuhanez akan kembali ke sisinya. Cubaan untuk menyeludup keluar Yuhanez dirancang teliti. Dengan bantuan Huskin, Yuhanez berjaya menaiki shuttle ke bumi. Qirdan berasa gembira kerana gadis yang dicintai berada disisinya. Setelah tiba di bumi, pelbagai dugaan telah menimpa. Dario telah meminta bantuan Zehra untuk menjejaki Yuhanez. Dario berjaya menemui Yuhanez. Untuk mengetahui nasib Yuhanez seterusnya, dapatkan novel Impian Terindah di pasaran sekarang.

* Komen *

Saya suka garapan Norzailina kali ini. Lebih futuristik dan berzaman moden dengan kecangihan teknologi tinggi yang digunakan. Seronok dengan gaya bersahaja dan romantik antara Qirdan, Dario & Yuhanez. Banyak idea yang dapat dikongsi pasal ilmu sains dan tidak lupa makanan-makanan moden ala western. Ada roti millet, lasangne, strawberi unggu dan macam-macam. Penggunaan needo dan hologram. Keseluruhannya cerita ini amat menarik dan berjaya menambat hati pembaca. Di samping memberil ilmu yang berguna untuk masa akan datang.

Tahniah Norzailina Nordin.

rosha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati