Syukur Alhamdulillah. Sekali lagi, ahli Kelab Peminat Novel ALAF 21, bertemu dalam sebuah majlis anjuran ALAF 21. Majlis pelancaran Novel Nostalgia, yang telah berlangsung di Hotel Singgahsana itu membawa seribu kenangan yang tidak akan dapat dilupakan.


Bukan mudah sebenarnya untuk ahli bertemu didalam mana - mana program,Sama ada anjuran Kelab atau pun atas jemputan mana - mana pihak. Dan kehadiranahli yang komited itulah pencetus semangat kepada kami untuk menggerakkan dan menyemarakkan lagi program dimasa hadapan.
(Dari kiri, Abg long, Dr Lim Swee Tin, Putera Hang Jebat ( anak Datuk Jins Shamsuddin) serta A Samad Said.

Selain dari dapat beramah mesra, ahli juga dapat bersua muka dengan Novelis yang sama ada telah lama dikenali mahupun yang baru dikenali. Dan begitu Juga setiap ahli yang diundang, mereka bukan sahaja datang untuk berhibur, tetapi juga perlu melakukan tugasan untuk Kelab.

Bagi Kelab, majlis itu begitu bermakna dan benar - benar mengembalikan ingatan dan nostalgia kepada zaman yang telah lama ditinggalkan. Terimbau kenangan sewaktu bermain selut dan lumpur dikampung, bila mana Dato' Shahnon Ahmad menceritakan tentang novel - Ranjau Sepanjang Jalan. Kebetulan pula saya duduk bersebelahan dengan isteri beliau, yang lebih selesa untuk dipanggil Makcik Jah.

Tergelak bila mendengar kata - kata dari Saudara Azizi Hj. Abdullah, Kerana setiap manusia yang berumur lanjut, pasti akan mengalami situasi yang disebutkan, begitu mendalam kata - katanya, dan lebih mendalam dan penuh tersirat didalam novel - Tukcai.

Begitu mendalam resepi yang disulam didalam bentuk kata - kata oleh Bonda Khadijah Hashim, dalam sajak yang dinamakan - TERLEBIH, malah Terlebih adalah kiasan yang begitu mendalam supaya manusia bersederhana didalam kehidupan seumpama novel - Badai Semalam.

( Dari kiri, Salmah, Zarina, Carrie Kirana dan Abg Long )

Lebih jauh dari itu, setiap hadirin diingatkan tentang perjuangan untuk memartabatkan bahasa sebagai jiwa bangsa oleh YB. Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin.

Bagi saya, sebagai peneraju Kelab, dengan ini ingin merakamkan ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga, atas kesudian pihak ALAF 21, Menjemput Kelab untuk bersama - sama menjayakan program tersebut. Dan insyaAllah, pihak Kelab akan terus menjalin perhubungan dan berkerjasama erat dengan

Abang Long.
Presiden
Alaf 21 FC.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati