Archives

Jemputan.

Alaf21 FC telah dijemput oleh Geng Jurnal dan beberapa kumpulan lain untuk turut sama menyertai aktiviti seperti yang disenaraikan di bawah.

Untuk sekalian ahli kelab Alaf21, yang minat membaca dan mengikuti perkembangan sastera tanahair, diharap dapatlah meluangkan masa untuk sama-sama mengikuti aktiviti-aktiviti dibawah.
Selain program membaca, ada juga aktiviti lain yang lebih santai dan tentunya menyeronokkan.

PROGRAM 1 : MALAM BACA PUISI PENA - DEWAN SASTERA

Nama Program : Malam Baca Puisi PENA - Dewan Sastera
Tarikh : 1 Jun 2007 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Rumah PENA, Kuala Lumpur

Penyair : Pyan Habib, Shukri Abdullah, Sutung Umar RS


Masuk Percuma!

Maklumat lanjut, hubungi Zaifulnizam 'AttOkz' Wagiran 012-2488664.


PROGRAM 2 : Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah (Geng Jurnal) Dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka (MASKARA)

Nama Program : Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah (Geng Jurnal) Dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka (MASKARA)
Tarikh : 2 Jun 2007 (Sabtu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Rumah PENA, Kuala Lumpur

Masuk Percuma!

Pembaca Naskhah : SM Zakir (Pena), Amir Mukhriz (eSastera), Panaharjuna (PTS Publishing), Jigo (Sindiket Sol-Jah), King Binjai (Narayuda), Pink Platun dan persembahan muzik dari Izzi & Materabak.
Pengacara: Mat Jan (blogger serba terkenal).
Maklumat lanjut, hubungi Nazri M. Annuar (Vovin) 012-3597857 & Zaifulnizam 'AttOkz' Wagiran 012-2488664.

Disertakan info-panjang lebar untuk tambahan.

Terima kasih.


MALAM BACA NASKHAH SINDIKET SOL-JAH DAN KAWAN-KAWAN YANG KITA SUKA (MASKARA)


PENGENALAN

Usul untuk mengadakan acara ini kerana kami fikir tidak banyak tempat atau majlis yang boleh disertai, untuk memberi peluang kepada penulis dan penggiat seni yang belum mapan, tidak mahu mapan, tidak dikenali, baru hendak mencipta nama, dibenci oleh penulis tersohor dan apa-apa sahaja. Ia juga bersifat sebagai mengumpul semua manusia untuk berkongsi minat yang sama. Sebagai medan pertemuan sahabat baik atau sahabat yang sudah lama tidak bertemu. Kami juga sedaya upaya menjadikan medium ini sebagai tempat neutral untuk semua bertemu. Maka majlis ini kami mahu jadikan tempat untuk penulis sastera melupakan pertelingkahan dnegan penulis pop, penulis Islamik boleh duduk satu bumbung (cuma untuk satu dua jam, itu sudah cukup baik) dengan penulis yang liberal, penulis yang tinggi egonya boleh bersalaman dengan penulis yang tiada ego langsung, penulis yang idealis tapi hanya tahu cakap sahaja bertemu dengan penulis yang betul-betul idealis.

Maka ini adalah medan untuk bersuai kenal, menjadi satu tempat di mana persahabatan dipupuk walau berlainan ideologi, pemikiran, taraf, bangsa, agama atau apa sahaja istilah yang boleh kamu namakan.

Tempat ini juga, harapnya, menjadi medan promosi diri, untuk penulis baru atau penulis lama yang menerbitkan buku baru.

Kami tidak mengharapkan majlis ini sebagai senjata utama untuk menaikkan taraf sastera dan seni negara, cukup memainkan peranan kecil untuk satu ikatan persahabatan.


MAJLIS

Maskara ini, kami fikir, mahu menjadi majlis untuk kita semua mencurahkan kreativi yang terpendam. Sebagai satu ruang berkarya. Maka kami harapkan agar ia menjadi acara yang tidak dibebankan dengan soal wang. Maka harapan kami agar orang yang datang tidak perlu membayar apa-apa wang tiket masuk dan orang seni yang membuat persembahan tidak mengharapkan apa-apa bayaran. Lagipun kami penggiat seni yang miskin. Maka dengan besar hati kami berharap agar penggiat-penggiat seni yang sudi menyertai acara ini tanpa sebarang bentuk bayaran.

Tapi penggiat seni yang hadir sebagai peserta atau penonton dialu-alukan datang mempromosi sebarang hasil kerja mereka seperti novel, antologi, lukisan, muzik atau apa sahaja. Mereka juga boleh menjualnya. Lagipun Maskara ini juga bertujuan menjadi satu tempat sesiapa yang mempunyai karya menjual hasil kerja mereka.


NEUTRAL

Seperti yang dinyatakan pada bahagian awal tadi, kami mahu menjadi satu kumpulan yang neutral. Maka dengan itu kami mahu penggiat seni yang hadir itu datang dari kumpulan dan ideologi berbeza. Datang dan beri sokong kerana kami. Maka jika si A tidak suka si B pun, maka datanglah untuk mengambil hati kami. Kalau si A mahu duduk di bucu sini, si B mahu duduk di bucu sana pun kami tidak ambil pusing. Yang penting hadir memberi sokongan kepada majlis yang kami anjurkan.

ACARA & NASKHAH KALI INI

Menjemput penulis, penyajak, pemuzik dan orang seni muda mempersembahkan karya masing-masing di depan orang yang datang.

- Baca cerpen terbaru
- Baca sedutan novel terbaru
- Deklamasi sajak
- Bermain muzik
- Tayangan filem pendek
- Dan sebarang acara seni lain yang difikirkan bersesuaian
- Naskhah terlibat antaranya - Jiwa Kacau, Masuk Barisan, Kudeta, Kalashnikov, Pink Platun, Ayah Kita Boss & Jongkang Jongket.



PROGRAM 3 : SAMBUTAN HARI WEBLOG SEDUNIA MALAYSIA 2007

Tarikh : 16 Jun 2007 (Sabtu)
Masa : 9.30 Pagi - 5.30 Petang
Lokasi : Dataran Merdeka & Taman Tasik Titiwangsa


Acara yang diadakan :

0930 - 1430 : Treasure Hunt
1400 - 1500 : Makan-minum (Pot Luck)

1500 - 1515 : Kata-kata aluan oleh Tuan Presiden Geng Jurnal
1515 - 1545 : Ice-Breaking
1545 - 1645 : Permainan
1645 - 1700 : Penerangan
1700 - 1730 : Penyampaian hadiah & penghargaan utk pihak luar yang hadir atau cabutan bertuah (jika ada sponsor)
1730 : Bergambar & Bersurai.

Tentatif Treasure Hunt

Tempat Mula : Dataran Merdeka (tempat letak kereta Perpustakaan KL)
Tempat Tamat : Taman Tasik Titiwangsa (tempat letak kereta bersebelahan Stadium)

930 - 1000 : Pendaftaran
1000 - 1030 : Penerangan Treasure Hunt
1030 : Flag Off
1400 : Penalti
1430 : Tamat

Tempoh maksimum : 4 jam.
Lokasi : Sektor Alpha : LRT Pasar Seni & Sekitar CM
Sektor Bravo : LRT KLCC & Avenue K
Sektor Charlie : LRT Ampang Park & Ampang Park ArcadeStruktur

Soalan :

Lokasi 60 (4 markah/soalan)
Harta karun 30 (5 markah/soalan)
Bonus 10 (2 markah/soalan)3 peserta/pasukan

Jemputan :

Kelab Peminat Alaf21
Msj Box!
Karangkraf
Media

Hadiah : Pertama, kedua, ketiga & penghargaan (utk jemputan)

FAQ.

Akan menyusul kelak.

Maklumat lanjut, hubungi Nazri M. Annuar (Vovin) 012-3597857 & Zaifulnizam 'AttOkz' Wagiran 012-2488664.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Buku-buku Alaf 21 memikat hati Serene.

Hmmm…sudah lama rasanya saya tidak menjejakkan kaki ke perpustakaan. Walhal hampir setiap hari melintas pagi dan petang dalam perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja.


Perpustakaan sentiasa menggamit dan melambai-lambai pada saya. Cuma saya saja yang buat dek. Sementelah lagi masih banyak lagi buku-buku yang saya borong sewaktu Pesta Buku tempohari belum pun sempat disentuh!

Dalam hati, berkata-kata….”Tak boleh jadi ni. Lama dah tak tinggal jejak kat sini’. Lagi pun dengar cerita dari kawan-kawan terdapat banyak novel Inggeris keluaran terbaru. Teringat pula cuti sekolah akan menjelma tidak berapa lama lagi. Pasti banyak novel yang bagus-bagus sudah dipinjam lebih awal, membuatkan saya lebih teruja untuk ke sana.

Beberapa hari yang lepas, dengan segala kudrat yang ada, saya mengagahkan kaki dan tetapkan hati untuk melangkah ke dalam bangunan perpustakaan. Tatkala lagkah pertama memasuki ruang perpustakaan, saya menarik nafas kelegaan. Yalah, bukan mudah untuk saya sampai ke tempat ni!

Memang benar kata-kata kawan-kawan saya, banyak koleksi novel Inggeris keluaran terbaru. Sampai tidak tahu yang mana mahu dipinjam dan dibaca dahulu. Rambang pula mata melihatkan banyak antara novel-novel itu adalah hasil garapan penulis-penulis yang saya minati.

Salah seorang remaja yang ada di situ menarik tumpuan saya. Kalau dilihat dari mata kasar saya yang agak rabun ni, rupa parasnya langsung tidak ada rencah Melayu! Tapi, bila difikir balik, apa yang hendak dihairankan? Sekarang ni ramai anak Melayu yang rupanya macam orang Cina atau Serani. Dia leka membelek satu-persatu novel-novel yang ada diatas rak-rak buku.

Rasanya tiada yang menarik minat saya dibahagian koleksi novel Melayu. Lagipun dirumah ada yang masih belum terbuka plastiknya…hehehe….Tulah bila nak beli tamaknya bukan main…sampai senget bahu nak pikul!

Sedang saya duduk santai sambil membaca salah sebuah novel yang dipinjam, datang seorang wanita menegur saya. Terpinga-pinga juga kerana rasanya saya tidak kenal langsung dengan wanita itu.

“Doesn’t you recognize me Salmah?” Berdetik dalam hati saya, siapa pulak amoi cantik ni? Aku pernah jumpa dia ke? Mata saya masih terkebil-kebil menatap wajahnya.

“Lakers and Liverpool….” dia memberi klu sambil tersenyum dan mengenyitkan mata. Bulat biji mata saya mendengar ‘kod laluan’ yang pernah saya cipta bersama seorang member kamcing hampir dua dekad yang lalu!

“Pamela!” Terjerit saya….pantas Pamela menekup mulut saya supaya orang lain tidak terganggu. Terlupa kami didalam perpustakaan ketika itu. Tidak payahlah saya cerita apa yang berlaku…pasti anda dapat gambarkan situasinya. Bayangkan anda bertemu seorang teman ketawa dan menangis yang sudah lama terpisah!

Kami keluar dan mencari tempat yang lebih sesuai untuk duduk berbual. Pasti banyak yang hendak dikongsi bersama. Semenjak beliau mengikuti suaminya ke Itali, kami terputus hubungan kerana surat kiriman saya tidak sampai kepadanya. Rupanya dia berpindah pula ke Sydney dan saya pula berpindah rumah. Entah siapalah yang dapat surat kami agaknya! Waktu itu, kemudahan komunikasi tidaklah berapa canggih seperti sekarang. Kisahnya, sudah hampir sepuluh tahun mereka pulang dan menetap ditanah tumpah darah mereka.

Hampir satu jam kemudian, kami dihampiri oleh gadis yang saya nampak didalam perpustakaan tadi. Rupa-rupanya beliau adalah anak kepada Pamela. Sudah remaja anak gadis itu.

Serene, tidak terasa janggal untuk bersama kami. Saya senang dengan tata-tertibnya. Kami dibiarkan berbual tanpa disampuk. Beliau pula santai dengan ‘cafĂ© latte’ dan novel ditangan. Ralit sungguh dia membaca novel tersebut, hingga tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Sesekali terdengar dia ketawa kecil. Entah apa yang melucukan hatinya agaknya?! Beberapa kali juga saya berkalih pandang pada novel ditangannya. Dalam hati berkata-kata…macam kenal jek kulit buku ni….dia baca novel Melayu ke? Pamela yang peka, ketawa gelihati dengan gelagat saya.

Saya tidak boleh nak menahan gejolak dihati. Spontan Serene memandang saya dan tersenyum. Buku yang ditangan diletakkan diatas peha.

“Why Auntie? Is there something wrong with me? Do I have a cream mustache?” Bertalu-talu soalan yang ditanya sambil jarinya meraba-raba sekitar bibirnya. Saya dan Pamela tergelak sama.

“Nothing like that. But, I’m wondering about the book you’re reading! Its cover looks familiar,” saya memberi penjelasan.

“Oh, this is a Malay novel by a Malaysian author. It is a very interesting book.” Spontan dia meletakkan buku itu diatas meja. Terkejut dan bulat mata saya melihat buku yang ditunjukkan! Mamanya hanya tersenyum meleret. Mungkin mengerti apa yang bermain diminda saya.

“She reads Malay books and quite good in Bahasa. Unlike me, of course.” Pamela mencelah.

‘Kau Sayangku’ dari Bikash Nur Idris! Itulah novel yang sedang dibacanya. Patutlah rasa macam kenal jek!

“How far along have you read?”
“A third of it. It’s really a good book! I really enjoy reading it so far.”
“Where do you get this book from?”
“From a friend auntie. We exchange books all the time.”
“Where do you learn Bahasa from, in school?”

“Oh no, I had a Malaysian friend. We’re in the same secondary school and now in the same college. We have become good friends. We had a fair trade. She had difficulties with English. So, I became her private free tutor….and for the trade, I asked for Bahasa to be taught. I have so many Malay friends. Sometimes I feel lost when I’m among them. And I loves going to JB with them. Now, there’s no more chicken and duck talk! She’s a real good friend. She lends me all her novels.” Panjang lebar penjelasannya.

“So, what do you think of this one so far?”
“Great! This author…she’s humorous and she represents the young adults. Saya suka baca novel Melayu Alaf21.”

“Kenapa dengan Alaf21?”
“Sebab senang faham jalan cerita. I’ve read from others too, but I think Alaf21 use an easy approach. Even Zura said so.”

“Dah banyaklah baca novel Melayu ya?”
“Boleh tahan juga. I started reading early this year. And I enjoyed them. Furthermore, mama is not worried when I read Malay books.”
“Why?”
“Because there’s proper guidance….you know…no nonsense man woman relationship kinda thing…” katanya sambil ketawa gelihati sementara matanya dileretkan kepada mamanya. Pamela tersenyum lebar dan menggangguk.

“Novel apa lagi yang dah dibaca?”
“So far, Zura had lend me Manisnya Cinta, Kabus Kasih, Jauh, Pergilah Sepi, and this is the fifth one from Alaf. And I liked all of them.”
“Come to my house if want to read more. I’ll lend you some.” Bersinar matanya tatkala mendengar pelawaan saya.
“Really auntie?” Saya menggangguk dan memberikan senyuman.

“Weh! Since when you read Malay novels? This is news to me!” Pamela terjerit kecil. Saya ketawa gelihati. Sebab tadipun saya hanya pinjam buku Inggeris sahaja dari perpustakaan.

“It has been quite sometime. Since there’s lots of good Malay authors who wrote good books. Really you should learn Bahasa just like your daughter. Or you’ll be sitting at one corner all by yourself, while Serene and I will be sharing our thoughts.”Pamela menjeling dan mencebikkan bibirnya kepada saya. Saya dan Serene sama-sama ketawa melihat reaksi mamanya.

Sebenarnya saya merasa terharu dan bangga kerana bukan sahaja anak bangsa kita yang sudah mula minat pada tabiat membaca, tetapi ada juga anak bangsa lain yang mempunyai persepsi yang baik terhadap novel-novel Melayu. Nilai-nilai yang diterapkan membangunkan masyarakat kearah kebaikan.

Syabas juga untuk Alaf21 kerana berjaya menarik minat bukan sahaja di kalangan bangsa Melayu sendiri, malah bangsa asing juga. Bukan sahaja menarik tumpuan rakyat Malaysia, tetapi juga pembaca disekitar pelusuk Asia. Semoga terus berusaha kearah kecemerlangan membangun masyarakat berilmu melalui pembacaan.


( Antara novel-novel yang dibaca oleh Serene Chang )

Seperti kata Abang Eyman Hykal…”Kita semua adalah mangkin yang membantu menggalakkan tabiat membaca di kalangan masyarakat. Sama2 kita teruskan, ya?” ….petikan dari chat box blog Alaf21 FC.

Saya percaya kita boleh melakukannya dengan gandingan yang mantap dan kukuh.

Salmah

26 Mei 2007

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Untuk penulis thriller Malaysia : Ramlee Awang Murshid

ADAM (Aku Darah Anak Malaysia) Terkadang aku tidak pernah menduga.. bagaimana sorang insan yang kelihatan sungguh bersahaja boleh melakarkan sesuatu untuk di sajikan pada orang lain. Itulah kau ADAM.
Kau membuktikan bahawa bidang yang lebih banyak di dominasi oleh HAWA tidak memustahilkan untuk kau menyelitkan dirimu lantas bagai menjulang namamu untuk berada sebaris dengan srikandi yang telah ada di medan yang tidak semua boleh menghunuskan jemari untuk menari mengikut lentuk alunan ilham dan kreativiti yang bukan sedikit menagih usaha dan pengorbanan agar menjadi rencah yang boleh disantap oleh pembaca seperti diriku Bagaikan Puteri terus melayang.

Melangkau jangkaan minda insan Normal seperti diriku. Berada di dua dimensi yang terpisah oleh hijap yang sukar di singkap dek akal sejengkal cuma. Apa pun kau masih mampu membawa kami menyusuri dekad yang sudah sekian lama tertutup.

Serasa diri, Bagaikan Puteri yang di bawa ke satu ruang yang selama ini sekadar terhimpun dalam naskah-naskah sejarah yang tentunya sudah layak dipanggil lagenda. Bermain di alam bawah sedar seakan satu illusi yang mencemaskan tapi tetap indah dan mengasyikkan hingga terbuai jiwa dan perasaan bila berada di sisi Laksamana Sunan yang cukup terpelihara akhlak dan keperibadian.

Cinta Sang Ratu memekar di jiwa. Menguntum lantas mengharum, buat jiwa yang kian tega, mengusung rindu dalam lara sekeping hati. Laksamana Sunan di Tanah Rencong tidak putus asa menjejaki bidadari hati yang sudah disambar pergi. Biar berbagai dugaan menjadi penghalang usahanya, hati yang kasih dan ketakwaan pada yang Esa bagaikan senjata ampuh untuk terus melangkah.

Ah! Mengapa sebegitu tega Maharani memenjarakan Sang Ratu pada kezaliman dan kekufuran. Menyatukan kembali hati yang sudah hampir bersih dari kejahatan. Ratna merintih tapi tidak mampu menzahirkan. Ingatan pada Laksamana Sunan terkadang datang menyapa lembut, namun dayanya kurang untuk mengingati apatah lagi membebaskan diri dari cengkaman bonda yang sudah terlalu jauh sesat dari paksi yang telah ditetapkanNYA.

Hatiku Di Harajuku tak bisa di bawa kembali. Tou Aii bagaikan lambang pada sebuah perasaan yang akan berdarah andai kesetiaan dikhianati. Kejujuran dan rasa kasih tak mungkin di tukar milik. Aii Shite Ru bagaikan kuntum-kuntum sakura yang berkembang mengindahkan taman hati. Memenjarakan dua hati dalam budaya dan kepercayaan yang tidak memustahilkan untuk bersatu di bawah satu kiblat. Biarpun kehidupan Yakuza laksana satu igauan yang ampuh mengiringi mimpi, tapi keazaman dalam diri harus diperjitukan. Biar semua itu hanya tinggal kenangan biar segalanya bak tugu pada sebuah kehidupan dalam kealpaan diri yang masih khilaf mencari sinarNYA.

Rahsia Perindu terus mengunci diri. Hilang dalam waras akal yang terkadang sukar di kawal. Langkah yang dihayun, bagai memasung ingatan pada illusi yang tiba-tiba datang. Siapakah diri ini yang sebenarnya. Mengapa reality itu terlalu payah untuk di telan. Dalam sulaman kasih sayang seorang suami, jiwa tertekan mencari identity diri.

Garapan Hero Malaya ini sentiasa mencemaskan. Bagai ada bayang-bayang yang sedang mengintai, mencari ruang bila alpa melalaikan tumpuan. Biarpun sebenarnya itu sekadar santapan pada minda. Bukan zahir yang berada dipandangan. Bijak sungguh Hero ini mengacah emosi dan jiwa pembaca hinggakan rasa takut adakalanya mampu mendabik dada. Megah justeru kejayaan milik sebuah perasaan yang sekadar jelmaan pada sebuah garapan berlandaskan kreativiti.

Apapun Rahsia Perindu tetap punya keistimewaan sama seperti setianya Ryu Watanabe pada Noriko bersama Tou Aii lambang Aii Shite Ru yang akhirnya membuatkan Sabrina akur pada sebuah kekecewaan lantaran orang yang disayang tak mungkin akan dimiliki. Apakan daya, Hatiku Di Hajaruku tak bisa bertukar destinasi.

Namun Cinta Sang Ratu tetap terus mekar tetap dibawa Ratna ke alam kekal abadi menanti Laksamana Sunan yang pasti akan tiba jua untuk menemani dirinya Bagaikan Puteri dalam hikayat dahulu kala, menanti ADAMnya yang akan hadir di singgahsana cinta mereka berdua

Itu adalah buku-buku tulisan Hero Malaya ini yang berada dalam konti peribadi pu3, tapi ADAM tak ada.... tapi tah kenapa tajuk tu menjadi pembuka ilham untuk meneruskan kata yang seterusnya..... Apa pun kini bagai menanti kelahiran garapan beliau yang seterusnya.. yang pasti punya kejutan dan acahan-acahan cemas, seram, ilmiah dan juga kasih sayang.....

Ilham Rasa
Pu3Chempakabiru
23/05/07 1830pm

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel : Atas nama Cinta - Lily Suriani

Berbanding dengan Pelabuhan Kasih, kali ini Lily Suriani tampil membawa kita ke realiti kehidupan di mana hero yang cuba diketengahkan dalam novelnya berikut adalah seorang yang gemuk walaupun adalalah romantik dan berada.

Jarang sekali kita melihat penulis-penulis mahu menciptakan watak hero seorang yang gemuk sebegini. Lily Suriani harus dipuji kerana sanggup mengambil risiko dengan terciptanya watak Firas suami kepada Ardini. Bukan sahaja gemuk, malah berperangai jahat dimana kononnya telah diguna-gunakan oleh seorang perempuan yang berniat ingin mengikis hartanya.

.

Penulis cuba menyedarkan kita bahawa rupa yang hodoh itu tidak bererti dia tidak berhak dicintai dan tidak berhak untuk bercinta. Akhirnya cinta jugalah yang menyatukan Firas dengan Ardini walaupun terpaksa menempuhi rintangan yang mendatang, Tentangan keluarga yang pada mulanya tidak merestui perhubungan mereka merupakan tamparan yang hebat untuk Ardini. Sifat penyayang dan romantik Firas telah berjaya mengamburi segala-galanya. Benarlah kata pepatah, cinta itu buta.

Setelah hidup berumahtangga, kemanisan itu semakin hilang gara-gara seorang perempuan yang berniat ingin merampas kekayaan dan membalas dendam terhadap semua lelaki. Ardini, isteri yang sabar dan baik. Betapa mulianya dia apabila telah mengizinkan Firas menikahi perempuan itu supaya keduanya tidak terlibat ke kancah maksiat. Walaupun hati perempuannya terluka, namun demi maruah keluarga dan suami, Ardini berkorban segalanya. Dalam hati, tak siapa yang tahu apa yang dirasainya. Kesedihannya itu tidak dikongsi dengan sesiapapun bahkan abang angkatnya yang turut berasa bersalah kerana tidak dapat membuatkan adiknya bahagia.

Firas banyak berubah laku. Dari penyayang ada masanya bertukar menjadi ganas. Memukul, menampar dan menyepak Ardini sesuka hati ketika perasaaannya menjadi berkecamuk. Tuhan itu maha Adil. Berkat doa kesabaran Ardini, segalanya berubah. Firas telah berubah dan menyedari kesilapan dirinya. dalam tempoh berjauhan itu, Firas mengenal erti kasih sayang, kesetiaan dan cinta Ardini yang begitu mendalam terhadap dirinya.

Lily Suriani berjaya membuatkan pembaca ketawa dan menagis dalam menhayati watak rekaan novelnya ini. Inilah kehidupan sebenar realiti di luar sana, seorang isteri wanita dan ibu di luar sana. Seringkali kita mendengar wanita yang terdera, didera oleh suami dan lelaki. Harus diingat, Ardini walaupun seorang perempuan yang manja, lemah lembut tetapi sebenarnya dia adalah seorang yang cekal dan tabah. Berani dalam setiap keputusan yang dibuat. Wahai wanita, inilah yang kita mahukan. Teruskan perjuanganmu. Berdoa dan berusahalah kepada Yang Maha Esa.

Pengajaran yang dapat saya ulaskan, jangan kita menilai seseorang dari luaran sahaja. Jangan kita mudah terpengaruh dan terlalu bebas dengan bukan muhrim kita kerana banyak anasir-anasir jahat syaitan yang dapat merasuk akal minda kita yang sentiasa mahu melihat manusia sesat fikiran.


Atas nama cinta adalah satu penghargaan buat isteri-isteri di luar sana. Kesabaran amat penting dalam mengeratkan perhubungan berkekalan.

- rosha.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel (2) : Impian Terindah - Norzailina Nordin

Nampaknya, novel terbaru Norzailina Nordin mendapat banyak respond yang menarik. Rata-rata mereka yang telah membaca buku ini mendapati percubaan Norzailina Nordin untuk menulis sesuatu yang lain dapat diterima ramai. Pada sesiapa yang belum lagi mendapatkan buku ini, jangan tunggu lagi..

Kami menerima satu lagi pendapat dari Salmah di Singapura mengenai novelnya yang berkisar dibulan ini. Kita ikuti apa katanya...


Saya tersenyum tatkala sampainya saya pada noktah terakhir pada karya terbaru Norzailina Nordin, dan demi melihat perkataan ‘TAMAT’ tertera dibawahnya, senyuman saya bertambah lebar dan puas! Tersenyum lebar kerana akhirnya novel yang sekian lama saya idamkan untuk memiliki dan membaca sudah terlaksana. Puas kerana banyak yang saya pelajari dari karya Norzailina Nordin kali ini sebagaimana karya-karyanya yang terdahulu.

Impian Terindah membawa ingatan saya kembali kealam kanak-kanak remaja yg waktu itu sangat minat dengan siri televisyen ‘Space 1999’. Waktu itu pernah saya terfikir, adakah saya akan dapat bertemu dengan tahun 1999? Hari ini, saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati hidup dengan penuh kenikmatan dibumi ALLAH SWT dengan mereka yang saya sayangi.


Semasa di dalam shuttle perjalanan ke bulan dan bumi, saya dihidangkan pula dengan cerita Star Wars, Armageddon, Matrix, tidak ketinggalan, Fifth Elements. Ya, saya terbayangkan cerita-cerita ini semasa melayari novel ini.

Ini adalah salah satu novel yang mencabar pembacaan dan minda saya. Terdapat banyak perkataan-perkataan scientifik yang agak asing dan membuat saya terpinga-pinga seketika. Namun itulah satu cabaran untuk pembaca. Secara tidak langsung, kita diajak berfikir sama dan mendapat ilmu dari pembacaan. Bukan saya tidak pernah dengar atau tahu langsung perkataan-perkatan saintifik tersebut sebelum ini, tetapi lebih tepat, tidak pernah dikupas makna perkataan tersebut! Terimakasih kepada penulis kerana menambahkan pengetahuan saya.

Tetapi, anda akan merasa lebih seronok membaca setelah anda diberi gambaran kecantikan alam dibulan dan ‘melihat’ kejadian gerhana matahari, terasa seperti kita sedang menikmati pemandangan tersebut di White Dome dalam Gamma 7! Apatah lagi ia disulami dengan kisah cinta yang membuai perasaan pembaca dengan kisah cinta ‘Bermuda’s Island’ yang bergelora.


Tidak dinafikan, Norzailina Nordin memberikan satu kelainan dalam karyanya kali ini. Syabas dan tahniah….kerana berani dan berjaya meneroka sesuatu yang ‘lain dari yang lain’. Pada saya, ianya satu kelainan yang harus diberi pujian kerana berani menerjah!

Mungkinkah diabad akan datang, perjalanan antara bumi dan bulan akan sebegitu mudah seperti yang digambarkan oleh penulis? Wallahualam....

“Tatkala disinari dari belakang, atmosfera bumi berkilauan disekelilingnya dengan keindahan pelbagai warna semasa matahari terbenam. Dan dari bahagian tepi itu juga, terlihat matahari yang pudar keputih-putihan dan keakan-akan percikan cahaya ke serata arah.
Tanah permukaan bulan tidak cerah lagi. Keadaan samara-samar dan gemerlapan merah tua terbias dengan cahaya matahari yang menerobos melalui bahagian tepi atmosfera bumi. Seolah-olah semua cahaya matahari tatkala terbenam sedang menyinari permukaan bulan.”..........
petikan dari novel.

Moral

Berusaha tanpa kenal putus asa adalah sesuatu nasihat yang sering kita dengari. Tetapi, berapa ramaikah diantara kita yang sering merasa putus asa atau putus harapan dipersimpangan jalan apabila menemui jalan buntu? Inilah salah satu nilai yang diterapkan dalam karya Norzailina Nordin kali ini. Bagaimana mereka cuba mengatasi asteroid yang semakin mara, bagaimana Yuhanez berikhtiar meloloskan diri dari bulan dengan semangat cinta yang membara dan setiakawan yang dibekalkan oleh Huskin, dan banyak lagi contoh.

Bertenang dan rasional dalam menghadapi sesuatu situasi atau masalah amat digalakkan supaya tidak tersilap langkah dalam membuat keputusan. Saya pasti setiap dari kita pasti mahukan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang yang kita sayangi. Adakalanya, pengorbanan yang pahit dan memilukan harus dilakukan untuk mengecapi kebahagiaan.



Sebagai manusia, adakalanya kita tidak terlepas dari bersikap buruk sangka. Bukankah berbaik sangka lebih baik? Jangan suka membuat andaian negatif tanpa usul periksa kerana ianya boleh mendatangkan kerugian pada diri sendiri atau mereka yang berada disekeliling kita.

Sifat cemburu seringkali mendatangkan banyak masalah dalam sesuatu perhubungan samada sesama rakan, kekasih, keluarga, mahupun suami isteri atau sesiapa sahaja. Tidak salah mempunyai sifat cemburu kiranya itu akan membuat kita bangkit dari kegagalan atau mendorong kita untuk berusaha lebih gigih lagi untuk kearah kebaikan. Tetapi, kiranya cemburu itu berniatkan ingin menghancurkan, jauhkanlah...fikir-fikirkanlah dengan kewarasan yang maxima.

Perasaan kasih sayang dan cinta adalah sesuatu yang unik. Walaupun boleh dipupuk, namun ianya tidak boleh dipaksa. Jangan pasrah, tapi belajarlah menerima takdir yang diperuntukkan untuk kita. Pasti akan ada yang lebih baik sekiranya yang diidamkan bukan gandingan. Dendam hanya akan merugikan si pendendam atau yang didendami. Memeteraikan siratulrahim adalah sesuatu yang tidak bijak sama-sekali.

Walaupun jodoh pemberian ALLAH, adalah menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk melayari bahtera yang telah dibina. Bukan mengharapkan keajaiban berlaku tanpa berusaha! “Lelaki yang baik akan mendapat wanita yang baik, dan begitulah sebaliknya.”

Walau dimana pun kita berada, kematian itu adalah sesuatu yang pasti, hatta dibulan sekalipun!

Selamat membaca...


Salmah

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pesta buku yang pergi..

Sejak beberapa minggu lalu, banyak cerita-cerita mengenai pesta buku telah kami paparkan didalam blog ini. Tentang kemeriahan suasana, layanan mesra, senyuman pengunjung serta sokongan penulis dan lain-lain lagi yang memberikan kenangan paling indah dalam sejarah pesta buku. Nampaknya sampai disinilah saya tulisan saya mengenai pesta buku tersebut untuk memberi laluan kepada cerita-cerita yang lain.

Walaupun berat hati hendak melepas pergi, namun pesta yang dianjurkan setahun sekali ini setidaktidaknya memberikan satu pengalaman yang baru pada diri sendiri. Sejajar dengan tema pesta buku tahun ini iaitu, “ BUKU MEMPERKAYA MINDA, Teras mentaliti kelas pertama “, sedikit sebanyak ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini sudah berubah dan menjadi masyarakat yang suka membaca.

Terima kasih saya ucapkan kepada para ahli yang sudi untuk memberikan serba sedikit cerita selain berkongsi pengalaman mereka di pesta tersebut seperti Noor Ain, Salmah , Pu3 Chempaka, Rosha dan Abang Long sendiri.

Dan saya sendiri sebagai orang yang menulis kebanyakan cerita mengenainya turut merasa gembira dengan kerjasama yang diberikan. Anggaplah saja saya hendak beramah mesra, sebagai seorang sahabat serta teman tapi mesra gitu. Itu akan lebih memudahkan kita hendak berbual-bual dengan lebih santai lagi.

Kalau ada yang dituliskan tu tersilap atau tersasar, jangan marahlah ya. Harap ditegur-tegur selalu. Maklumlah, saya pun bukanlah pandai sangat nak menulis apatah lagi menjadi sang reporter.

Kepada staff-staff Alaf21, khususnya kepada En. Norden yang sudi memberikan kami peluang untuk sama-sama bekongsi kemeriahan “ ala-ala Hari Raya “ di Dewan Tun Hussein Onn itu. Juga Kak Wan, Kak Shadi, Ruby, Molee, Faizal, Roslan dan ramai lagi team Alaf21 yang mesra pengguna itu. Dari yang menjaga stok-stok buku, menyusun buku-buku dirak, jaga kaunter, trafik semuanya bekerja dengan tekun. Walau pun ada yang terpaksa berdiri lama dan berjalan kesana kemari melayan pengunjung, namun mereka tetap memberikan khidmat yang terbaik supaya pengunjung puas hati.

Untuk sekelian novelis, kami amat-amat menghargai senyum manis dan ramah mesra anda semua dalam melayan karenah kami. Yang sudi belanja-belanja tu, semoga Tuhan sajalah yang membalasnya, harap-harap murah rezekinya gitu.

Kalau ada kata-kata gurauan yang agak berlebihan tu harap dimaafkan sahajalah. Manalah tahu, kalau-kalau kedatangan kami, lebih-lebih lagi saya sendiri, yang selalu berkeliaran di sudut penulis, terpacak-pacak, menempel-nempel, menerjah-nerjah, mengajak bual, menanya-nanya soalan dan sebagainya, yang barangkali… membuat anda semua jadi tidak selesa pula. Kalau nak diikutkan semakin lama disana, saja jadi malu juga. Tapi kerana tugas yang digalas, saya terpaksalah tebalkan muka.

Semoga pesta buku yang lepas ini tidaklah menjadi yang terakhir untuk kita bersama dan beramah mesra. Di harapkan, jalinan ukwah dan persahabatan akan terus berkekalan dimasa-masa akan datang. Kalau ada masa, lain kali bolehlah bersua lagi.

Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Dipesta buku bersua lagi

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Wajah-wajah novelis Alaf21 di Pesta Buku

Cuba perhatikan wajah-wajah penulis Alaf21 dibawah. Penuh dengan warna-warni bukan? secara tak langsung kita semua boleh lihat betapa cerianya mereka dalam suasana pesta buku yang berlangsung baru-baru ini. Senyuman tak lekang dari bibir, gurau senda serta tawa mesra sering dirasai sepanjang masa berkampung di pesta buku.


Dalam pada anda membelek-belek satu persatu wajah tu, boleh lah cuba mengagak-agak wajah siapakah yang nampak paling ceria, senyuman paling manis, paling tersipu-sipu, wajah paling bulat, maintain anggun, malu-malu kucing dan lain-lain lagi..

Bukan masuk peraduan pun, saja suka-suka.. hahahah

mersik / Abg Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Penulis-penulis lain di pesta buku

Selain dari penulis-penulis yang hadir untuk beramah mesra dengan peminat-peminat mereka sekalian, saya juga bertemu dengan penulis-penulis Alaf21 yang lain, yang turut sama hadir untuk memberikan menyokong dan memeriahkan lagi pesta buku ini. Dan yang lebih penting dapat mengeratkan siratulrahim sesama kawan penulis. Sempat jugalah saya menemubual dan bertanyakan perkembangan terbaru mereka. Diantaranya ialah…


Bikash Nur Idris, siapa yang tidak kenal penulis ini. Buku Sambutlah Cintaku, Ria Qistina dan Kau Sayangku adalah diantara novel-novel tulisan beliau.

Dia yang sedang belajar di Akedemi Seni dan Warisan kebangsaan (ASWARA) agak sibuk sejak beberapa minggu yang lalu. Kebetulan pesta buku berlangsung dalam musim-musim peperiksaan, maka terpaksalah tumpukan pada study dan kerja kursus. Sambil tu luang-luangkan masa lah juga datang ini selain nak jumpa kawan-kawan.

Tahun ini, Bikash Bur Idris juga ada buku baru yang diterbitkan, tapi dengan penerbit yang lain. Lepas-lepas exams ini nanti, bolehlah buat projek penulisan. Tentu peminat-peminatnya diluar sana sudah merindui hasil tulisannya yang terbaru bersama Alaf21.

Shanika Latisha, jenuh saya cuba “menangkap” penulis ini dicelah-celah kesesakan ramai. Dengan tubuh kecil molek memang mudah dia nak meloloskan diri. Akhirnya setelah puas mengejar, dapat juga saya mencuri masa berbual dengannya.

Seperti biasa, sibuk dengan kerja “ itulah yang selalu dikatakan. Tugas sebagai wartawan Kosmo memang tak kira masa. Bila ditanya tentang buku baru, memang ada juga staff Alaf21 yang tanya-tanya. Sayang kalau dah lama-lama menyepi, nanti hilang pula minat nak menulis. Lagi pun memang dia ada potensi untuk jadi seorang penulis yang baik. Pengalaman pun banyak.
.
Lagi pun tulis novel, dateline dia mungkin lama, ikut kemampuan penulis atau perbincangan bersama penerbit. Banyak masa untuk buat kajian, cari bahan penulisan, daya imiginasi dan masa untuk menulis. Berbanding dengan wartawan nih, kena cari fakta yang benar-benar sahih, plan untuk terbit cerita dan lain2 lagi yang perlu diambil kira.
Beliau yang selalu tersenyum bila berbicara ini tahu akan keadaan ini, tapi biasalah untuk kerja yang ada ini kadang-kadang persiapannya memakan masa berhari-hari, kena berkejar kesana kemari lagi.

( Bikash dan Shanika tidak akan lengkap kumpulannya kalau tiada yang seorang lagi iaitu Aleya Aneesa. Bila dah bersama barulah kena... tiga sekawan. )


Seorang lagi penulis yang sempat ditemui ialah Durra Fatiha. Dia nampak ceria gitu bila sesekali berjumpa. Buat masa ini dia sibuk dengan urusan keluarga, memandangkan seorang dari anak nya hendak masuk ke IPTA. Dia pun rajin juga mengunjungi pesta buku ini. Kadang bersama anak-anak , kadang dilihat berseorangan.

Bila ditanya mengenai buku terbarunya, masih lagi dalam proses. Sejak-sejak novelnya " Rindu dikalbu " berada dipasaran awal tahun depan, dia semakin menyepikan diri. Tapi tidak juga begitu, minat menulisnya masih lagi ada. Cuma agak perlahan dan teliti. Yang penting kena sabar, barulah mendapat hasil yang terbaik.

Demikianlah diantara beberapa penulis yang sempat saya temui. Dalam masa yang sama saya juga tercari2 bayangan Sri Diah, Eka Fahara, Kreisya Reesya, Hasreeyati Ramli , Fariza Zuliana, Leeya Myra, Fathillah Anas dan beberapa yang lain..

Sayang sekali mereka tidak dapat bersama memeriahkan suasana pesta buku ini. Ataupun, mungkin mereka juga ada singgah sekejap, Cuma tak sempat bersua sahaja.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Novelis di pesta buku : Lynn Dayana, Rose Harissa dan Lily Suriani

Diantara banyak-banyak kumpulan penulis dipesta buku baru-baru ini, kumpulan yang paling gamat sekali dan meriah ialah apabila ada salah satu dari novelis ini. Sama ada Lynn Dayana, Rose Harissa ataupun Lily Suriani, ada-ada sahaja cerita-cerita lucu yang hendak dibualkan. Kadang-kadang mereka ketawa bersama, selalu usik mengusik, gossip menggosip dan sebagainya. Kalau tidak pun tentu ada-ada saya yang dikunyah sementara belum diserbu oleh peminat. Haa, jangan tak tahu, dibawah meja penulis ada banyak rahsia dan makanan adalah salah satu daripadanya, kerepek-kerepek atau jajan-jajan yang boleh dikudap-kudap sambil berborak-borak.


Lily Suriani , kini bolehlah berasas edikit lega kerana penantian selama beberapa tahun akhirnya terbalas dengan kelahiran baru novelnya “ Atas nama Cinta “ dan menjadi salah satu dari trio novel bulan April. Kalau anda semua masa ingat , novel awalnya ialah “Pelabuhan Kasih “ .

Dan kalau tiada aral melintang satu lagi kelahiran dalam keluarganya bakal menyusul dalam bulan Julai iaitu cahaya matanya yang ke 4. Teringat pula Aisya Sofea yang mendapat rezeki yang berganda pada tahun lepas.

Namun walaupun dah sarat, dia tetap juga datang saban hari ke pesta buku. Dan cerianya pula kadang-kadang macam orang yang tak mengandung. Apatah lagi bila berkumpul bersama rakan-rakan penulis, lagilah banyak cerita yang hendak dibualkan.

Rose Harissa atau nama sebenarnya Nora Ismail kali ini saya nampak lebih kuat ketawa. Pantang sahaja Lynn Dayana membuat cerita, tentu lepas itu berderai tawa mereka. Sekurang-kurangnya pesta buku tahun nih agak meriah baginya. Bukunya yang berjudul “Berikan Cintamu” juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Ada juga yang datang beramah mesra serta memberikan komen mengenai novel sulungnya itu.

Selain menulis, beliau juga melukis illustrasi untuk majalah Apo. Memang Kreatif ibu yang mempunyai seorang anak lelaki ni. Sekarang ini beliau akan menumpukan sepenuhnya tentang penulisan buku yang kedua. Tentu tak lama lagi akan keluarlah itu. Semoga berjaya untuk Rose Harissa.


Lynn Dayana pula bolehlah menarik nafas lega dan tersenyum lebar, kerana bukunya “ Jika benar Cinta “ sudah pun diulang cetak kali kedua. Ternyata ramai pembaca yang meminati karyanya. Tentu seronok kalau-kalau ada peminat yang datang bertanya bilakah novel keduanya akan keluar. Itulah, kalau jalan cerita baik dan begitu mengusik perasaan, tentu sekali mereka akan kembali mengingati.
Sama seperti rakan-rakan yang lain, pesta buku tahun ini amat menyeronokkan. Tempat pun selesa, banyak meja yang disediakan dan ramai penulis-penulis boleh turun padang. Akan datang kalau keadaannya macam ini juga tentu best.

Demikianlah serba sedikit cerita mengenai ketiga-tiga novelis tersebut. Rata-rata kebanyakan penulis-penulis baru Alaf21 semunya mempunyai tarikan yang tersendiri dan karya-karya mereka juga diminati ramai.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Hari jadi buat...

Kami di Alaf21 FC ingin mengucapkan ;
Yang jatuh pada hari ini, 16 Mei..

Semoga Aleya Aneesa akan beroleh kesejahteraan dan kesihatan yang baik , juga dimurahkan rezeki. Selain dari itu, kami juga mendoakan agar beliau akan terus menghasilkan novel yang menarik serta berjaya dalam apa juga lapangan yang
diceburi..Untuk anda yang ingin turut sama mengucapkannya, silalah ke..


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Novelis di pesta buku : Ramlee Awang Murshid

Kalau Ramlee Awang Murshid dapat menoleh, angkat tangan dan menghampiri saya, bersalam serta bertanya khabar, itu sudah dikira sangat bagus. Namun, hakikatnya, saya hanya berkesempatan menyapanya begitu2 sahaja.

Rata2nya disepanjang pesta buku tersebut, dia hanya duduk menyain buku. Sesekali kalau ada ruang kosong, dia akan berjalan ke meja kawan2 penulis berdekatan atau menyapa kawan2 yang hampir untuk berbual2, dan dia apabila menoleh kemejanya, kemudian terlihat ada yang menanti atau tercari2nya, maka cepat2 dia kembali.

Begitulah rutin penulis lelaki yang terkenal dengan genre thriller dan suspens nih. Ada sahaja peminatnya yang datang. Kadang2 membawa dua tiga bukunya serentak untuk ditandatangani. Jenuhlah abang Ramlee kita tu nak menyain2. Saya hanya ketawa sahaja..

“ Cuba kau tenguk pen aku nih ,” katanya suatu ketika, sambil menyuakan sebatang pen yang dakwatnya hampir2 tinggal sikit.

“ Biasanya kalau pesta buku macam ini, kadang2 sampai dua batang pen habis “ ujarnya lagi sambil tergelak2. Saya mengeleng-geleng kepala.

Melihatkan peminatnya yang menderu dengan novel2 untuk disain yang tinggi membukit, perkara itu tidak mustahil. Namun dia masih tetap ceria dan tersenyum melayan. Kalau ada masa boleh berbual2 seketika dengannya dan tak lupa, ambil2 gambar sekali. Yang lelaki tentu bangga bergambar disebelahnya, memeluk bahu manakala yang perempuan pula malu2 suka gitu.. tentu malanya tak lelap jawabnya. Hahahaha..

Soalan2 pun banyak yang ditanya. Memandangkan buku terbaru beliau “Cinta Sang Ratu” dikeluarkan awal tahun ini, maka soalan2nya pula banyak yang berkisar kepada pengembaraan Laksamana Sunan. Nampaknya watak ini sekain dekat dihati peminatnya. Ramai juga yang tak sabar2 nak tahu kesudahan cerita itu, tapi seperti biasa, “ Harap bersabar. “ katanya.. Setakat ini yang disebutkan ialah Ungu Karmila, mungkin klu pada cerita terakhir kisah Laksamana Sunan.

Ada juga yang bertanyakan tentang Ejim dan Tumbiruo nya yang suatu ketika dulu begitu mengangkat namanya. Sambil garu2 kepala, Ramlee berkata.. mungkin juga akan buat pre sequelnya , iaitu menceritakan dari mana datangnya watak Ejim itu. Dia pun tak berani nak cakap, sekadar idea sahaja. Demikian kalau memang penulis prolifik ( yang sudah ada 11 buku), idea sentiasa berlegar2 didalam kepala.

Tapi kerjanya yang sebenar sebagai penerbit lagilah menuntut pengorbanan yang lebih. Kadang2 sampai tak terkejar. Assignmentnya di luar negara kadang2 terpaksa ditolak kerana kesuntukan masa. Banyak perkara nak kena fikir termasuklah juga tanggungjawab pada keluarga serta anak. Memang sibuk sungguh penulis thriller yang satu ini.

Walaupun kehadirannya hanya diwaktu hujung minggu namun dia tetap meluangkan masa, kadang2 sampai ke malam. Demikianlah penulis kita ni, tak sampai hati nak hampakan peminat semua.

( Gambar sebelah : Bersama salah seorang peminatnya yang datang dari Singapura. Eh! macam kenal je.. Oo Pn. Salmah kita rupanya.. caya laa.. bergambar dengan Ramlee gitu )

Semoga Ramlee Awang Murshid akan terus maju dan menjadi penulis thriller yang berjaya.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Novelis di pesta buku : Damya Hanna

Kalau hendak dikira berapa kerap novelis yang menyain autograf, maka Damya Hanna adalah salah seorang darinya. Dipesta buku baru2 ini , serentak dengan kelahiran novel terbarunya “Senafas Cinta”, maka dia tidak boleh lari dari dikerumuni peminat2nya yang ternanti2 akan buah tangan terbarunya sejak novel terakhir “Rela ku menanti” berada dipasaran pada tahun lepas.. Namun sebagai seorang yang menghargai pembacanya, beliau tidak mengeluh walau terpaksa duduk lama dan melayan.

Ramai peminat yang seronok berjumpa dengannya. Kejap2 dia bangun untuk bergambar. Lagi pun bukannya selalu nak jumpa dan beramah mesra dengan peminat2nya.

Dengan tubuh yang kecik molek, bersama senyuman yang tak lekang dibibir, hampir setiap hari beliau hadir dipesta buku. Kadang2 ditemani adik dan bonda.Tentunya dengan kehadiran bonda tersayang juga akan menguatkan semangat beliau untuk terus berkarya. Buat bonda pula, bangga tak terkata apabila melihat anaknya yang telah berjaya. Nanti, tangan lenguh2 menyain tu balik rumah, bonda boleh urut2 ye..hahaha

Kadang2 pesta buku ini bukan hanya setakat pertemuan peminat dan penulis, tapi lebih dari itu. Disinilah juga dapat dieratkan perhubungan kekluargaan, anak2 serta ibu bapa. Bila dah bersama2 memeriahkan aktiviti yang diadakan, kemesraan akan jelas tergambar.

Berbalik pada novelis yang sudah mempunyai lima novel ( Bicara Hati, Sepi tanpa cinta, Saat cinta bersemi, Rela Kumenanti, termasuk yang baru… Senafas Cinta ) , secara tak resminya dah jadi prolifik dan bolehlah dibuat pelancaran lima novel serentak. Namun bila ditanyakan soalan itu, Damya hanya diam sambil tersenyum2. Mungkin belum terdetik difikirannya untuk majlis yang sebegitu, atau pun mungkin juga dia berdebar2. Haa.. mungkin dia ada darah gemuruh kut. hahaha

Walau bagaimana pun, kita harus berbangga dengannya kerana dalam usia yang masih muda, ternyata visi dan fikirannya telah jauh melangkau kehadapan. Selain dari menulis, bidang perniagaan percetakan menjadi pilihannya. Perniagaan yang dibangunkan bersama abangnya kini sudah pun semakin maju. Sebab itu kadang2 jadual hariannya sangat ketat.

(Damya bersama adiknya )

Tahniah dan Syabas untuk Damya Hanna.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Novelis di pesta buku : Aisya Sofea

Seorang lagi penulis yang memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Aisya Sofea, turut memeriahkan pesta buku baru2 ini. Dia diantara penulis yang agak sibuk juga menyain2. walau pun buku terbarunya “Buatmu kekasih” sudah lama berada dipasaran, namun ramai peminat masih lagi mendapatkannya. Novel2nya yang lain seperti Jauh, Jendela hati, Kau Untukku, sehangat Asmara, Gelora Jiwa, serta Adam dan Hawa juga turut mendapat sambutan.

Mungkin seperti kata ramai, selain berjumpa peminat, bila lagi nak berjumpa kawan2 yang bertumpu disini. Kalau tidak masa ini, bilalah nak berjumpa lagi?memandangkan masing2 pun sibuk dengan hal keluarga dan juga kerja.

Bila sudah diserbu peminat, tentu soalan popular yang ditanya ialah, bila nak keluar novel baru? Alahaii .. ingat senang ke nak buat novel baru?. Banyak benda nak kena rancang dulu. Yang pentingnya perlu masa yang cukup dan waktu yang sesuai. Kalau dah sibuk dengan rumahtangga dan anak2 sekolah, masanya pun agak terhad. Anak2 pun tengah membesar. Tapi tak apalah, kita tahu Aisya Sofea memang akan ada buah tangan terbaru tiap2 tahun. Cuma tak tahu bila, kena tunggu jek la..

Katanyanya lagi, sekarnang ini beliau memang sibuk. Apatah lagi dengan kelahiran anak lelakinya, Firdaus kira2 tujuh bulan yang lalu. Sekarang tengah nakal, tentunya menuntut banyak perhatian dan jagaan. Menulis itu pun tetap buat, mungkin perlahan sedikitlah kut.

Tapi sibuk macam mana pun, pesta buku kena pergi. Meriah gitu.. walaupun kebanyakan masanya dihabiskan dimeja penulis2 Alaf21, tapi kalau ada peluang, hendak berjalan2 melihat suasana serta booth2 lain disamping memborong buku2 yang diminati, untuk diri sendiri serta anak2.

Pesta ini juga dapat mempertemukan penulis2 baru dan lama2. Bila sudah kenal mesra, rasa macam dalam satu keluarga pula. Boleh juga kalau nak tanya2 tip-tip menjadi penulis yang baik.

Kami harap Aisya Sofea tak menghilang lama, nanti peminat2 dia semua menangis menunggu buku baru dia. Hah.. tulis jangan tak tulis kak oii..

( Gambar kanan : " Kalau nak baca yang terbaru, kena baca buku ni, buku ni, buku ni, buku ni.. baruu yang ni " . Agaknya begitulah yang diterangkan oleh Aisya Sofea kepada peminatnya yang bertanya )

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Novelis di pesta buku : Meen Zulaikha dan Zara Juita

Meen Zulaikha mengambil masa yang agak lama sebelum novelnya “ Kasih yang suci “ berada dipasaran. Ternyata produk sulungnya itu tidak menghampakan dan khabar2nya sudah memasuki cetakan yang kedua. Tahniah buatnya.


Beliau yang hadir disepanjang pesta buku beberapa minggu lalu sentiasa ceria dan ramah dalam melayan para peminat yang mengemari novel beliau itu. Banyak juga komen dan ulasan yang diterima, Alhamdulilah kebanyakannya adalah postif. Ada juga yang tak sabar2 bertanya bilakah buku keduanya akan keluar. Alahaii.. Nampaknya selepas ini Meen Zulaika akan mula memerah otak untuk menggarap cerita yang lebih menyengat dari novel pertamnya.

Beliau yang berhijrah dari Johor Bahru dan kini menetap di bandar Kinrara, Puchong menghabiskan banyak masa di rumah. Kebetulan pula, kedua orang puterinya sudah pun meningkat dewasa. Yang sulung, Nana... sedang belajar manakala yang bongsu, Fira... masih lagi bersekolah dan seringkali dilihat menemani si ibu di pesta buku ini.

Bila dah banyak masa, tentu akan lebih ditumpukan kepada menulis. Kadang2 ada penulis yang memerlukan waktu yang tenang tanpa gangguan apa-apa. Dari situasi itu barulah lahir idea2 yang luarbiasa sambil menjiwai watak2 yang sedang digambarkan.

Berbual-bual bersama penulis ini memang menyeronokkan. Walau pun nampak serius tapi kalau dah kenal, memang boleh juga dibawa bergurau. Bila ditanya kalau-kalau dia hendak menulis cerita2 berbentuk fantasi , dia pantas mengeleng-geleng kepala. Memang dia tak berapa mahir nak menulis cerita2 yang sebegitu. Tak mengapa lah Meen, cerita yang ada tu pun dah boleh membuai rasa pembaca, sehingga menusuk2 jiwa.

Semoga Meen Zulaika akan terus berusaha dan manalah tahu dalam beberapa tahun lagi, namanya akan menyerlah sebaris dengan nama2 besar dibidang penulisan tanah air.


Novelis Zara Juita juga tak kurang peramahnya. Bila berborak macam2 yang ditanya, seolah-olah saya pula yang diinterview. Walau pun dia baru menghasilkan novel “ Erti Rindu ini “ bersama Alaf21, namun bidang penulisan bukanlah sesuatu yang baru baginya. Sebelum2 ini beliau pernah juga menulis untuk Dewan Bahasa. Cuma untuk novel, ceritanya agak bebas dan perlu banyak berimiginasi. Kalau menulis untuk penerbitan lain, khususnya kerajaan… tentulah kena betul-betul sedikit.

Dan selain dari bidang penulisan, beliau juga sibuk dengan urusan lain seperti study, business dan juga rumahtangga. Wow.. tak sangka penulis kita nih aktif sungguh. Dan lagi beliau juga rajin dengan kerja2 sukarela seperti menjadi voluntary service di Pusat Kaunseling bersama NGO (All Women’s action Society- AWAM) yang mengendalikan kes-kes isteri didera. Beliau juga memiliki Syarikat sendiri yang ditubuhkan bersama seorang lagi rakan kongsi iaitu FaiZa Duo Marketing

Hmm... Menarik sungguh cerita Zara Juita nih. Dalam pada sibuk2 tu, beliau tetap juga luangkan masa untuk menghadiri pesta buku. Selain berjumpa rakan2 penulis, tentunya sekali hendak bertemu peminat untuk beramah mesra selain mendapatkan pandangan mengenai novelnya.

Akhir sekali, kami harapkan Zara Juita akan success selalu dengan apa juga bidang yang diceburi. Dan tak lupa agar terus menghasilkan novel2 dimasa-masa akan datang

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

On Ibu...

Sempena menyambut hari insan istimewa yang jatuh pada hari ini, Alaf21 FC ingin mengucapkan ;

SELAMAT HARI IBU ,

Untuk para insan yang bergelar ibu-ibu diluar ,

Terima kasih diatas pengorbanan dan sumbanganmu terhadap kehidupan manusia didunia. Sesungguhnya jasamu yang tidak terhingga itu akan tetap dikenang.sepanjang masa.

Kasih ibu membawa kesyurga..
Oh ibu, engkaulah ratu hatiku..

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Hari jadi , Norzailina Nordin

Kami di Alaf21 FC ingin mengucapkan ,


Hari jadi beliau iaitu 10 May , tahunnya, ehem ehem.. muda lagi kan kak Lina? Yang penting maintain awet muda...

Anyway, kami doakan agar Kak Norzailina Nordin akan panjang umur, murah rezeki serta diberikan kesihatan yang baik supaya dapat terus berkarya.

Semoga lebih berjaya dimasa-masa akan datang. Teruskan usaha..

Nota : Kepada anda yang ingin melawat blognyanya , sila ke http://norzailina.blogdrive.com

atau email : norzailina@yahoo.com

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Novelis dipesta buku : Illani Mysara

Melihat wajah penulis ini, tiba-tiba hati jadi tenang pula. Dengan perlahan saya menghampiri seraya menghulur salam. Ternyata sambutannya tidak mengecewakan. Dari bertanya tentang sambutan buku-bukunya, terus perbualan bersambungan berkisar kepada cerita-cerita yang tak kurang juga menariknya.

Itualah dia Ilani Mysara atau lebih dikenali sebagai “Bonda”dikalangan penulis dan warga Alaf21. Berbicara dengannya memang tak membosankan. Dia memang peramah. Banyak nasihat2 yang dicurahkan disamping kata-kata yang boleh membuat kita sama-sama berfikir dan merenung akan kehidupan kita sendiri.

" Kalau nak tahu pasal bercinta-cinta , bacalah buku “ Seindah Memori “ , kalau nak tahu pasal rumahtangga pula , bacalah buku ini , " sambil dia menunjukan novel terbarunya “Bayu Asmara “ . Buku-buku ini ditulis dengan sebaik mungkin. Dia banyak mengambik rujukan dari kisah-kisah yang diambil dari buku-buku Agama termasuklah Al-Quran.

“Kenapa Bonda tulis style macam ini?, kan elok kalau terus buku dalam bentuk buku2 Agama ,” Soal saya lagi? Namun dia hanya sambil tersenyum , lalu jawabnya " Kalau kita tulis secara terus, susah orang nak terima. Apatah lagi generasi yang muda-muda ini. Kalau dalam bentuk cerita orang suka, sambil-sambil baca tu kita selitkanlah unsur-unsur Agama yang membina rohani dari jatidiri " Walau apa pun cerita yang hendak ditulis, sentiasa diletakkan tema agama sebagai paling atas sekali.

Sebab itulah, bonda tak setuju benar kalau-kalau orang berkata novel2 cinta ini membazir. Setiap cerita ada pengajarannya. Begitu juga kalau niat kita tu baik, bertujuan hendak memberi ilmu, buku atau genre cinta adalah salah satu dari mediumnya.

Selain dari itu, bonda juga bercerita tentang kesibukkan sebagai pendidik dan selalu ulang alik ke sekolah dan pejabat. Nasib baik anak-anaknya sudah semakin membesar .

Saya tanya lagi, bonda.. " Cerita pasal nak kekalkan rumahtangga tak ada ke? " Tapi, bonda hanya tersenyum sahaja. Adalah tu kut, lepas2 nih ke..

Pengalaman bersua denga Bonda dipesta buku memang menarik. Didoakan semoga Bonda sihat selalu dan terus berkarya.

Semoga kita bersua lagi ya Bonda..

Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Dedikasiku untuk mu, Anis Ayuni...

Aku bukan pujangga handalan yang bisa bermain madah

Bukan juga penyair yang menjadikan bahasa mainan lidah
Aku sekadar insan kerdil penuh kedhaifan
Namun masih punya rasa dan angan-angan
Mempersembahkan sesuatu yang mungkin tak bernilai
Buat tatapan mu
Bersama secalit harapan
Agar ada kesudian di hamparan hati mu
Untuk menerima seadanya dari insan seperti diriku ini

Suara Hati memanggil untuk mengenali dirimu yang selama ini sekadar berada dalam sebuah pandangan dari kejauhan. Mungkin rasa takut atau malu melingkari diri untuk kau ku hampiri lantas mendekati. Namun dalam pandangan yang jauh itu sebenarnya aku rasa damai melihat seraut wajah tenang dan manis yang kau miliki.

Yang Terindah sebuah kenangan yang tak mungkin mampu ku lupakan. Tanggal 06 May 2007 jam 05.00 petang di PWTC akan terus terpahat kukuh sebagai tugu di memori hati. Segalanya berada dalam ketentuan. Keizinan dariNYA yang memberikan aku kekuatan akhirnya memudahkan proses untuk dirimu ku hampiri. Biarpun di awalnya, aku benar-benar rasa kurang percaya dengan apa yang ku dengar malah suara hati ini juga bagai enggan mengakui apa yang di sampaikan oleh mereka pada ku. Benarkah penulis yang sudah punya sebuah nama besar di pesada dunia penulisan tertanya-tanya gerangan pemilik nick yang hanya sekerdil diriku. Biarpun hakikatnya aku ni besar.

Tiada yang istimewa Chempakabiru ini jika mahu kau bandingkan dengan insan-insan yang sering berada di sisimu. Aku hanyalah insan yang sering memerhatikan dirimu dari kejauhan… mengenali diri mu lewat garapan ilham yang ku sajikan biarpun hakikat tidak banyak novel mu yang menjadi milik peribadiku tapi itu tidak bermakna aku tidak sedar akan kewujudan mu di pesada yang amat aku minati.

Manisnya Cinta tidak hanya pada teruna dara. Tapi pada ku manisnya sebuah cinta bila aku dapat mengenali orang-orang yang telah berjaya yang boleh ku jadikan inspirasi dan idola dalam mengejar pelangi impian. Mungkin ada yang bakal mengatakan.. di sebabkan pertemuan tempohari aku jadi fanatik dalam menyusun kata. Ingin ku perbetulkan statement yang mungkin kini berlegar di minda mereka Aku bukan insan hipokrit yang hanya tahu memuji tanpa keikhlasan.. bukan juga insan pengkritik untuk membunuh usaha yang telah orang lain laksanakan. Aku lakukan keduanya berdasarkan fakta yang aku perolehi.

Tiga garapan mu tidak mengecewakan. Malah aku kagum dengan cara dan gaya yang kau persembahkan. Biarpun aku tidak mengenali dirimu seperti mana mereka yang lain, tapi aku yakin tiap kali kau bercanda dengan ilham anugerahNYA, kau akan pastikan hidanganmu nanti akan mengenyangkan orang yang menikmatinya.

Gemersik Kalbu beralun dalam tiap watak yang kau lakonkan. Mereka seakan hidup dan mampu membawa diri ini bersama dalam tiap situasi yang tercipta. Menangis bila mereka yang kau cipta berduka dan tertawa bila mereka tersenyum bahagia. Itulah kelebihan dan keistimewaan yang dianugerahkanNYA buat insan seperti dirimu.

Kau Kekasihku sebagai guru dan teman Kau kekasih ku sebagai pencetus semangat dan iktizam. Tiada yang mustahil di gapai andai usaha dan kesungguhan di iringkan bersama dalam doa kudus yang di pohon pada DIA yang maha pengasih lagi penyayang terhadap sekelian isi alam ciptaanNYA.

Bayangan Rindu ini akan terus berlari seiring dengan langkah. Menanti dan mencari apa yang bakal kau persembahankan seterusnya. Di mana destinasi yang bakal berpaksi pada pesada penulisan yang tak mungkin bertemu nokhtah pengakhirnya. Moga kau akan sentiasa sejahtera untuk terus memberi warna pada jiwa yang tandus untuk terus melihat tarian dan lakonan watak-watak yang bakal kau ciptakan lagi mengikut skrip dan kronologi yang berarcakan reality sebenar akan sebuah kehidupan.

Ilham Rasa
Pu3Chempakabiru
090507 1230pm

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Perginya Fazie Hanna, menyahut seruan ILAHI

KETABAHAN dan kecekalan menanggung penderitaan sejenis penyakit yang kronik selama beberapa tahun telah berakhir apabila sebutir nama yang dikenali dalam dunia penulisan novel, Fazie Hanna pergi menyahut panggilan ILAHI pada waktu maghrib, hari Isnin bersamaan 7 Mei 2007.

Cerita seterusnya , sila klik link Alaf21 dibawah ,

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/BERITA%20UMUM/faziehanna%20meninggal/default.htm

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Novelis di Pesta Buku : Emma Maizurah dan Laila Kamilia

Novelis buku “ Tiada Noktah Cinta “ ini sudah lama saya tak jumpa sejak2 raya tahun lalu. Sebab itulah saya suka sangat pergi pesta buku, kita tak akan tahu novelis mana yang kita bakal jumpa.

Peluang berbual-bual dengannya memang seronok. Cikgu yang mengajar kanak-kanak Pra Sekolah di Segambut ini memang peramah. Buat masa ini tiada apa2 cerita yang menarik mengenainya. Hasil penulisan terbaru pula, dia masih juga menulis. Cuma biasalah, memandangkan Alaf21 pun sudah semakin sibuk, jadi manuskripnya terpaksa mengikut urutan. Tak kisahlah tuh cikgi oiii, janji boleh keluar lepas2 ini.


Pesta buku baginya memang menyeronokkan. Jumpa kawan2 penulis serta sahabat handai, jua dapat memborong buku-buku dengan harga yang murah. Ianya memang peluang yang tak harus dilepaskan. Datang berkali-kali pun tak mengapa.

Dia yang berasal dari Port Dickson nih selalu juga balik ke kampung kalau cuti2 hujung minggu. Disana, senang nak mencari idea untuk menulis katanya. Memang kadang-kadang penulis nih kena ada satu2 tempat favourite atau yang boleh menjana banyak idea. Masing2 punya cara gitu.

Lagi pun, setakat mencari idea tentu dia tak ada masalah sebab sebelum2 ini pun beliau pernah menulis dengan penerbitan lain, tapi mengunakan nama sebetulnya iaitu Nikmah Mirdi.
Ya lah, semoga Emma Maizurah kita nih akan ceria selalu dapat melihat bukunya diterbitkan tidak lama lagi. Tentu peminat2 dia dan rindu.


Penulis kedua ini pula, sekali pandang macam tak sangka sudah berkeluarga. Dengan tubuh kecil molek, nampak macam masih remaja gitu ( hahahah ). Ditambah pula dengan tahi lalat dibawah bibir kanan, menambah seri manis wajah. Sesiapa yang memandang, pasti terusik hatinya ( hahaha lagi ).

Kalau anda semua nak tahu, inilah dia keluarga baru Alaf21 , tak lain iaitu penulis Laila Kamilia.


Dia yang mempertaruhkan novelnya berjudul " Lakaran Kasih " amat gembira sekali berada disini bersama rakan2 penulis yang lain. Tentunya peluang bernaung dibawah bumbung Alaf21 adalah penghargaan yang akan sentiasa diingat. Walaupun novelnya mengambil masa hampir 7, 8 bulan untuk diterbitkan, namun berkat kesabaran dan kerjasama dari pihak Alaf21, akhirnya lahirlah Lakaran Kasih dipasaran.

Dan pada pesta buku ini, dia pun turut sibuk menyain sana sini. Seronok juga katanya, tak sangka Alaf21 dan karangkraf sewa dewan yang sebegini besar. Bila ada masa lapang tentunya asyik nak berborak dengan rakan2 yang satu kepala. Meriah dan ceria bagaikan satu keluarga.

Yang lucunya bila katanya, sejak2 dah jadi penulis ini life pun berubah sedikit. Setiap cerita yang orang baca tentunya mengundang komen dan kritikan. Sebagai penulis, kita kena ambil perhatian akan perkara2 ini dan cuba tingkatkan usaha dari masa ke semasa. Alahaii.. bukan senang nak jadi penulis tersohor Laila oii.. Ambik masa lama gitu. Tapi tak mengapa, berkat usaha dan tanpa putus akan, insyaAllah pasti akan berjaya.

Apa-apa pun untuk Laila Kamilia, semoga akan terus berkarya..

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kisah Pesta buku lagi..

Hari ini (6 Mei), tanpa dirancang muncul di pesta buku. Ini kali ke-2. Kali pertama hari Ahad lepas. Tapi hari itu, tak dapat nak berlama2... badan kurang sihat.

Sempat juga membeli dua buah novel karya Kak Norzailina dan Kak Anis Ayuni. Kak Norzailina tiada masa tu, ada demo program memasak. Dapat lah juga tandatangan Kak Anis Ayuni. Hari ini di Pesta buku, terserempak pula dengan Mersik dan Rosha..opss tak lupa pu3 salju aka cempaka biru. ( Gambar : orkidbiru (kanan) bersama Rosha)

Masa itu dah beli buku Lily Suriani "Atas nama cinta ". Rosha komen ceritanya lucu. Hmm..tentu menarik. Rosha juga kata buku Damya Hanna best. Kena beli juga tu...

Masa berlegar-legar di meja penulis-penulis sempat bersembang dengan Kak Aisya Sofea. Kak Aisya cerita buat novel kompilasi paling mencabar dirinya.Kena bertukar-tukar mood. Yang pasti hasil novel 'Buatmu kekasih' memang best..betul tak?Kak Aisya kata buku terbarunya, insya'Allah sebelum raya...kalau tak sempat, tahun depan. Tak kira bila lah kak Aisya, ianya pasti dinanti..

Sempat gak tumpang sekaki bergambar dengan Kak Anis..sebab Pu3 salju..hehehe.
Akhirnya sebelum balik beli buku Damya Hanna ( tergoda dengan cerita Rosha..hehehe). Damya kata cam kenal je rupa akak ni, tapi di mana ya?..hehehe.. Mana lagi, tentulah masa perhimpunan ahli kelab Alaf21 FC di KL Sentral suatu ketika dulu..

Begitu lah cerita satu setengah jam di Pesta buku. Syabas kepada Karangkraf dan Alaf21, ruang legar yang cukup luas dan banyak penunjuk ke arahnya. Memang tak boleh miss laa..


Orang kuat Alaf21 FC siap turun padang, oppss.. turun dewan, jaga barisan untuk peminat nak bayar novel...Syabas!!!

Itu sahaja coretan daripada saya, hingga berjumpa dilain masa...

Orkidbiru

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Makan-makan bersama novelis Alaf21

Kawan-kawan, tengoklah gambar yang sempat saya rakamkan ketika turun ke pesta buku tempohari. Masa tu kerja saya pulak menggantikan si mersik...dok terjah ambik gambar jer....tapi yang bestnya gambar saya ada juga yang tolong ambilkan.

Hari-hari saya bawa kamera digital, tapi asyik terperuk dalam poket jer. Sebab saya ini jenis yang malas nak ambil gambar dan bergambar.

Tapi mengenangkan yang peluang sebegini bukan selalu muncul, saya kena merakamkannya juga.
Terima kasih tidak terhingga kepada Lynn Dayana kerana bermurah hati belanja kami menikmati Pizza sambil sembang-sembang bersantai. Maklumlah kali ini Lynn mengetuai rombongan ke The Mall di mana kelibat Abg. Long & the sons, Violet & sister, Laila Kamilia dan saya sendiri.

Kebetulan waktu sudah menganjak ke jam 2.00 petang, apa lagi, perut masing-masing dah berkeroncong lapar...tambahan pula saya ni jenis berselera makan...hehehe.

Selain Lynn Dayana dan Laila Kamilia, ada juga saya jumpa Anis Ayuni yang cantik manis, Lily Suriani yang murah dengan senyumannya, yang anggun dan menawan dua merpati sejoli....hehehe tak lain tak bukan Lily Haslina dan Norzailina Nordin. Nanti kita letak gambar dia ye..

Ada juga sesi ramah mesra chef-chef masakan dengan Chef Wan. Apa lagi...Lepas itu macam kenal pula seorang yang berdiri paling tepi tu. Siapa lagi kalau bukan Chef Selebriti kita itu, Norzailina Nordin...

Demikianlah serba sedikit kenangan yang dapat dicoretkan. Lagi pun, bukan senang nak duduk bersama novelis nih, apatah lagi dalam bab makan-makan nih.

Semoga tahun hadapan akan lebih bertambah meriah.

Salam sayang, jaga diri.

rosha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Novelis di Pesta Buku : Amy Batrisya

Tinggi-tinggi si matahari ,
Anak kerbau mati tertambat ,
Sudahlah lama kami mencari ,
Barulah kini kami mendapat


Rasanya pantun diatas memang kena benar dengan rasa gembira kami untuk mencari novelis yang satu ini. Hampir berbulan-bulan lamanya kami cuba menjejakinya, akhirnya di pesta buku... barulah kami dapat bertemu jua. Alkisah, rupa-rupanya dia duduk nun jauh di Kuantan sana. Sudah tentu sukar untuk selalu turun kemari.

Apatah lagi dengan sikapnya yang agak pemalu juga, waktu disapa... membuatkan kami menjadi termalu sama ( hahaha..). Ternyata tidak begitu, beliau juga rajin berbual. Tapi begitulah, kalau tidak berjumpa, bermesra dan berkenal antara satu sama lain, masakan mau jadi mesra gitu.

Kalau anda semua ingat judul bukunya iaitu " Hamparan Kasih ", merupkan penulisan sulungnya yang begitu mengalakkan. Ternyata beliau mempunyai potensi untuk menjadi penulis yang baik. Mungkin kesibukan kerja menjadikan beliau kurang masa untuk menumpukan pada bidang ini.

Walau bagaimana pun, kami amat gembira dapat bertemu dengannya. Semoga beliau succes selalu dan terus berkarya.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Novelis di Pesta Buku : Lily Haslina Nasir dan Norzailina Nordin

“Kalau nak jumpa Lily Suriani, dia dimeja hujung sana,” dengan sopan, beliau menghalakan jarinya ke arah meja yang disebutkan. Mungkin kerana belum ada keluaran novel/buku terbaru, membuatkannya berfikiran begitu.

“Oh tidak, saya nak jumpa Lily Haslina. Saya Salmah,” saya memperkenalkan diri.

“Eh, ini Salmah yang….” novelis Lily Haslina Nasir menoleh kepada Puan Norzailina Nordin yang ketika itu sedang menurunkan autografnya diatas novel terbaru beliau, Impian Terindah, untuk seorang peminat. Spontan, Puan Norzailina mengangkat kepala dan memandang saya. Senyuman memekar diketiga-tiga wajah yang ceria.

Ya, itulah pertemuan pertama kami di PWTC, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung ketika ini. Saya begitu gembira kerana akhirnya, dapat jua bersua dengan mereka yang saya kagumi. Sebelum ini kami hanya berinteraksi dialam maya sahaja.

Karya-karya mereka sering memberi kepuasan dan mewarnai dunia pembacaan saya. Bukan setakat novel-novel sahaja, malah buku-buku motivasi, juga penyedap lidah yang pastinya membuka selera dan mengenyangkan perut!

Banyak juga resepi-resepi Puan Norzailina yang telah saya cuba. Sekiranya anda peminat laksa, anda harus cuba Laksa Serawak. Power giler!!! Kerana terlalu seronok mendapat autograf Puan Norzailina dan Lily Haslina, saya sampai tersasul sebut nama resepi! Memandai saja saya ganti nama negeri yang diberi. Nasib baiklah tuannya tidak marah. Malu!

Tidak pula dinafikan memang penulis berdua nih bukanlah baru dalam bidang ini. Kalau boleh, sudah digelar veteran pun. Tiap-tiap tahun selalunya ada dipesta buku. Seperti kata orang, rileks dan bersahaja. Layan baik punya. Namun tiap-tiap tahun tentu ada buah tangan terbaru yang dihasilkan.

Sempat juga kami berbual seketika. Memandangkan mereka disitu bukan untuk melayan saya seorang, tidak bijak kiranya saya mengajak mereka berbual sakan. Kalau diberi peluang, pasti itu yang akan saya lakukan. Namun, keadaan dan masa tidak mengizinkan, memandangkan saya juga ada temujanji dengan beberapa orang rakan yang lain. Moga akan ada lagi pertemuan dengan mereka di lain masa.

Salmah

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati