Sentuhan terbaru Ramlee Awang Murshid yang pasti akan membuatkan pembaca sukar melepaskan naskah ini. Garapan dari plot pertama hingga ke akhir sentiasa mengundang debaran di dada. Mengusik emosi dalam kancah cemas dan suspen untuk tiba pada pengakhir garisan.

Vila Sunyi bagaikan Tajmahal yang dibina atas rasa kasih sayang dan lambang cinta Arif terhadap Karmila. Meski pun ianya atas pemberian dan peruntukan dari Arafat abang Arif, namun pasangan ini mampu menjadikan mahligai yang tersergah indah di Puncak Rimba Cameron Highlands sebagai syurga mereka. Karmila benar-benar gembira dan bahagia di sisi Arif seorang suami yang penyayang begitu juga dengan Arif. Baginya Karmila seorang isteri yang tiada tolok banding walaupun hakikat wanita tersebut tidak mampu memberi zuriat penyambung keturunannya.

Malangnya sesuatu telah berlaku sejak Arif bertemu dengan satu sepsis bunga yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Meski sudah ditegah berkali-kali oleh Tok Batin agar bunga yang terdapat di taman larangan itu jangan diusik, Arif tetap berdegil. Baginya larangan tersebut sekadar sesuatu yang karut dan tidak boleh diterima pakai.

Apa yang terjadi pada Arif setelah memperolehi bunga tersebut mengapa Vila Sunyi bagai pembawa bencana pada sesiapa sahaja yang memasukinya? Bagaimana pulak iktiar Arafat untuk memulihkan keadaan sekaligus membersihkan nama Arif yang bagaikan tercemar? Segalanya terjawab bila Ungu Karmila berada di tangan.

Ramlee Awang Mursyid bijak mengolah dan memaini perasaan disuanya tandatanya yang bakal mengoncang hati dalam suspen yang tiba-tiba datang menjengah. Pengabungan watak-watak yang punya cerita dan kisah silam yang tragis membuatkan kita bagai melihat kepincangan diri menerusi Ungu Karmila. Misteri dan mistik insani dibongkar untuk dipertonton dalam fahaman yang hadir di minda. Betapa kejahilan dan kealpaan terhadap pegangan yang satu bisa membuatkan kita sering melangkah dalam khilafan. Ungu Karmila laksana arca yang membias. Hanya yang alpa dalam khilaf kehidupan bakal merasa getar diusik dan terusik akan natijahnya.

Namun sepanjang pembacaan yang sering diintai impak suspen, mata ini bagai disapa akan beberapa kemusykilan yang mengundang tandatanya. Apakah ianya kesilapan atau terlepas pandang atau sememangnya ia digarap sebegitu rupa.

Contohnya:

1. Perbandingan yang dibuat oleh penulis akan watak Karmila dalam mukasurat 6 dan 7

* Pinggiran Kuala Lumpur frasa 2

Wanita berkulit hitam manis, berhidung mancung dan bermata bundar ini sudah lama mengalami kesakitan sejak belum berkahwin dengan Arif merujuk kepada paras Karmila

Sedangkan

* di frasa 1 muka surat 7

Karmila cantik dan berkulit putih melepak. perbandingan yang kontra dari sebelumnya yang digambarkan oleh abang Ramlee.

2. Imbas kembali perbualan di antara Dino dan Kamarul.

* Imbas kembali frasa 1 mukasurat 203

BADO senang mendengar impian Kamarul yang serba kekurangan itu.

Di frasa sebelum ini sebenarnya Dino yang sedang mengimbau mengingati perbualannya dengan Kamarul ketika sedang duduk-duduk di atas bumbung flat di Selangor Mansion, Jalan Masjid India.

3. Pertemuan di antara Kumpulan Peneroka Alam Ghaib dengan Dino dan Kamarul di pejabat Encik Arafat.

* Frasa akhir mukasurat 303

Manakala di satu sudut Winda dan Kamarul sedang membisikkan sesuatu. Mereka dapat meneka sesuatu bersifat dendam telah mempengaruhi Bado. Cuma mereka tidak memahami duduk perkara sebenar.

"Musuh lama Bado ke?" bisikRosli. kenyataan awal merujuk pada Kamarul yang berbisik tapi secara logik dari frasa sebelumnya Winda dan Kamarul tidak mengenali di antara satu sama lain.

4. Imbas kembali: Vila Sunyi, Cameron Highlands.

* Perbualan di antara Dr Ismadi dan Arafat Frasa 1 muka surat 496

ITU andaian saya saja.Kata Arif. Kenyataan ini sebenarnya dituturkan oleh Dr Ismadi kepada Arafat. Bukannya Arif sebagaimana yang tertera di dalam buku tersebut.

Apa pun semuanya tidak mencacatkan plot keseluruhan Ungu Karmila. Tahniah saya ucapkan pada Otai nombor satu Malaya Abang RAM atas kemunculan Novel terbaru ini. Banyak yang boleh dibongkar dan difikirkan akan hakikat hidup insan yang bergelar MANUSIA. SYABAS!

Salam sayang dari

Pu3Salju

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati