Pesta buku Alaf21 yang berakhir semalam, sama juga seperti pesta-pesta buku yang pernah diadakan sebelum ini. Kedatangan para peminat buku memang tak putus-putus sejak awal pagi premis dibuka. Ada yang datang sendirian, bersama kawan-kawan dan juga sekeluarga, semata-mata untuk mendapatkan buku-buku yang menjadi pilihan mereka.

Ruang premis menjadi lebih sesak. Apatah lagi dengan diskaun 30% untuk semua buku, akhirnya satu dua buku yang dihajatkan berakhir dengan dua tiga beg plastik diangkut balik. Penuh tangan kiri kanan. Demikainlah gelagat sebahagian pengunjung yang sempat saya perhatikan.

Walau pun para penulis yang hadir tidak begitu ramai, tetapi sudah cukup untuk melepaskan kerinduan dan rasa seronok pengunjung tatkala bersua. Barisan novelis seperti Meen Zulaikha, Dhiya Zafira (yang sanggup datang dari Taiping), Aisya Sofea, Dr HM Tuah sememangnya mempunyai peminatnya yang tersendiri. Penulis baru Alaf21 iaitu Hani Fazuha yang baru saja melahirkan buku terbarunya, "Mengukir Janji" turut hadir. Dalam pada itu Lynn Dayana serta Laila Kamilia juga ada kelihatan menjengok-jengok.

Staff langganan Alaf21 seperti tidak menang tangan untuk melayan. Namun mereka tetap tersenyum dan berusaha untuk membantu sedaya mungkin. Ada yang memberikan senarai panjang buku-buku yang mereka inginkan dan tak kurang juga yang bertanyakan novel-novel tertentu. Rata-rata hampir kesemua kategori buku menjadi pilihan. Maklumlah, ada yang suka buku resipi, buku kek, kesihatan, motivasi, agama dan macam-macam lagi. Kelihatan juga Pengurus Alaf21 sendiri iaitu En. Norden yang terselit di celah-celah kesesakan pengunjung.
Buat julung-julung kalinya, Alaf21 mengadakan pesta buku sehingga hari Ahad, secara tidak langsung memberikan banyak peluang untuk pengunjung yang sememangnya lapang pada hari tersebut untuk turut ke sana. Lagi pun, bagi yang duduk jauh-jauh, perjalanan jadi kurang sesak selain boleh pergi bersama-sama keluarga. Syabas untuk Alaf21!

Saya sempat melepak beberapa jam bersama Abang Long. Kami borak-borak di luar, di bawah khemah yang disediakan. Majalah-majalah dan air juga ada disertakan untuk pengunjung. Ada para pengunjung yang menyapa kami selain duduk-duduk sambil menanti pasangan mereka “bershopping sakan” di dalam.

Pada hari Ahad pula , Shah Alam dilanda hujan seawal 11 pagi sampailah ke petang. Namun itu tidak menjadi halangan. Premis Alaf21 tetap sesak. Ada pengunjung yang datang lagi. Kali ini membawa lebih ramai teman dan ahli keluarga. Demikianlah penangan buku-buku Alaf21 dihati mereka.
Begitu juga penulis Meen Zulaika, Aisya Sofea serta Hani Fazuha, tetap setia menanti. Lagi pun peluang bertemu peminat dapat memberikan peluang untuk mendengar komen dan pendapat mengenai buku-buku mereka. Kali terakhir sessi bertemu peminat adalah pada Pesta Buku Antarabangsa awal April lalu.

Sekali lagi, jutaan terima kasih dan tahniah untuk team Alaf21 kerana mengadakan pesta seumpama ini, yang memberikan peluang kepada peminat untuk mendapatkan buku-buku idaman hati selain penulis yang mereka sangat-sangat ingin ketemu.

Semoga kita berjumpa di lain kali.

Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati