Sehari sebelum Syawal. Abang Long telah menerima jemputan melalui sms, untuk menghadiri 'rumah terbuka' oleh seorang peminat novel. Di mana, peminat itu telah menjemput jawatankuasa kelab. Hebat betul zaman sekarang ni. Ya lah, zaman sudah berubah!Syukur Alhamdulillah, kita telahpun selamat menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan. Terasa begitu cepat masa berlalu, hari ini, kita telahpun berada di hari ke 8 Syawal.

Jemputan untuk menghadiri rumah terbuka masih diterima di sana sini. Dan ada juga yang agak memeningkan kepala sebenarnya. Bilamana ada beberapa jemputan yang berlangsung, dimana lokasinya agak jauh antara satu dengan yang lain. Bukan kerana memikirkan jaraknya sahaja, tetapi fikir juga tentang 'traffic jam' ... alahaiii.

Abang long tersenyum, bila mendapat sms, menjemput untuk rumah terbuka, dan lokasinya ialah di Perth, Australia. Rasanya, peminat novel ini tersalah hantar mesej.

Namun, satu perkara yang tidak dapat dielakkan, bila Abang long terpaksa menepis dan menapis beberapa makanan dan minuman yang disediakan, maklumlah dalam tempoh rawatan. Jemputan tetap dihadiri sebagai menghormati permintaan tuan rumah.

Apapun, hari raya kan sebulan. Bak kata seorang pokcik tu, kalau ada yang sudi menjemput kami, maka pokcik yang seorang ini perlu dibawa bersama. TERIMA KASIH juga kepada novelis dan peminat novel yang telah mengirimkan KAD LEBARAN kepada kelab.

Ingatan tulus ikhlas dari anda, tetap kami ingati dan sanjungi.


Abang Long.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati